Title: #Chenta
Author: Inche Gabbana
Publisher: WAHAI!
No. of pages: 421
Buku #Chenta merupakan koleksi cerpen yang ditulis oleh Inche Gabbana, Cerpen-cerpen beliau membawa pelbagai tema (seperti yang ditulis di belakang buku ini) seperti kehidupan, agama, kekeluargaan dan persahabatan. Sama seperti tajuk buku ini, tema cinta sememangnya diselitkan penulis dalam cerpen tulisan beliau.
Menariknya tentang buku ini bagi saya ialah penulis berjaya menerangkan istilah cinta dari pelbagai segi/perspektif. Dengan bahasa yang santai, buku ini merupakan satu bahan bacaan ringan.
Kebanyakan (bukan semua) cerpen dalam buku ini berkaitan dengan permasalahan seseorang individu. konflik yang dihadapi oleh seseorang individu itu cuba diselesaikan oleh sahabat individu terbabit (samada murabbinya atau sahabatnya)
Mengandungi 24 cerpen dalam buku ini, antara yang menarik bagi saya ialah:
- fx-5710MS untuk Ana
- Raksasa Bawah Katil
- Si Ibu yang bodoh
- Zilal
- Chenta Maathurat
- Merah Jambu
- Kau ni dah kenapa?
- Sesat
- Purdah
- Matryoshka
Disebabkan cerita dalam buku ini sememangnya dah pendek, kalau review dah tak surprise pulak nanti... (alasan saja ni. Malas nak review setiap satu sebenarnya )
Last but not least,
"Chenta seperti penyair berdarah dingin
Yang pandai menoreh luka.
Rindu seperti sajak sederhana yang tidak ada matinya."
-Joko Pinorbo-
Di akhir setiap cerpen, penulis menyelitkan juga kata-kata hikmah/peringatan/pemberitahuan atau apa-apa jelah yang mana bagi saya menarik juga.
3 comments
Write commentsthanks for this review !
Replythanks for this review !
Replyyou are most welcome @farahin ;)
Replysekiranya Farahin ingin berkongsi pendapat dan pandangan bahan bacaan di blog ini, jangan segan untuk emelkan ulasan bahan bacaan Farahin ke emel berikut :
sha_arie92@yahoo.com / ammarsuhaidi@gmail.com
ConversionConversion EmoticonEmoticon