#177 Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri



Judul: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
Penulis: Za'ba
Jumlah halaman: 142
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pendeta Za'ba (1895-1973) seorang tokoh pemikir Melayu. Kritikan dan sindiran sinis beliau terhadap bangsanya yang tidak percayakan pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain sangat memukul.
"Tiap-tiap seorang sayugialah ada upaya menimbang sendiri dahulu dengan akalnya dan ilmu pengetahuannya (seberapa ada) barang apa jua ajaran agama. Ia patut berbuat pada soal-soal agama itu seperti pada hal-hal dalam perkara dunia juga." - Pendeta Za'ba

Contohnya, perbualan si penjual dan si pembeli kereta, apabila kita mahu membeli kereta, kita tanyakan dahulu kepada si penjual kereta berkenaan kemampuan kualitinya, kereta yang mahu dibeli. Tanyapula si penjual kamu kerja apa? jawab kita akauntan. Tempelak si penjual itu pula kamu bukan engineer kereta model ini ! kamu tidak tahu berkenaan enjin, tugas kamu beli dan guna !
Nah ! Begitulah sebahagian orang-orang ugama perlakukan kepada kita. Semuanya dipaksa telan dan terima lalu menafikan kemampuan akal yang Allah kurniakan kepada tiap-tiap manusia lain untuk menimbang menggunakan akal dan ilmu.

Akhirnya masyarat tidak terus bertambah kefahamannya dalam beragama, hanyalah bertaklid buta.
Tanyakan siapa sahaja di Malaysia kamu bermazhab apa? pantas mereka menjawap mazhab Syafie, tanyakan pula sejak bila kamu bermazhabkannya? sejak bila kamu berdaftarkan mazhab itu? kitab apa yang telah dibaca tulisan imam itu?
Previous
Next Post »