#175 Tuhan Lebih Saintifik


Tajuk : Tuhan Lebih Saintifik
Penulis : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Galeri Ilmu
M/S : 359

Novel ini berkisar mengenai golongan ateis yang tidak mempercayai tuhan. Sebaliknya, mereka percaya segala apa yang terjadi boleh terjawab melalui sains. Tuhan itu hanyalah ciptaan manusia terdahulu yang tidak mempunyai ilmu. Apabila dunia teknologi berkembang, sains mampu merungkai hampir setiap perkara. Oleh itu, Tuhan tidak perlu lagi dipercayai bahkan tuhan itu adalah pilihan orang yang malas berfikir.

Antara perbahasan yang selalu dibawa oleh golongan Ateis adalah :

1 - Teori penciptaan manusia.

Terdapat 2 teori penciptaan manusia : 

a) 2 manusia yang memakan buah larangan dan akhirnya dicampakkan ke bumi. Mengikut kajian, Adam diturunkan ke bumi pada 6000-7000 tahun. Walaubagaimanapun, terdapat penemuan fosil manusia ag berumur puluhan ribu tahun, bahkan fosil paling lama berumur 4.5 juta tahun.

b) Teori manusia yang berevolusi daripada satu genetik. Genetik ini berevolusi kesan daripada persekitaran yang akhirnya selepas bebilion-bilon tahun, menjadi manusia. Walaubagaimanapun, teori ini punyai kelemahan. Iaitu, bagaimana genetik itu boleh tercipta? 

Jawapan :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" ~al Baqarah :30.

Di dalam ayat ini diceritakan tentang bagaimana penciptaan Adam A.S.. Walaubagaimanapun, tiada penafian di dalam ayat ini mahupun di dalam alQuran mengenai adakah ada manusia sebelum Adam. Dan jika dilihat daripada pertanyaan malaikat, se akan-akan malaikat mengetahui sifat manusia itu sebagai kaum yang membuat bencana dan menumpahkan darah. Seperti ada kaum yang serupa dengan manusia sebelum itu. 

Menurut seorang pemikir islam, terdapat 3 kaum sebelum Adam. 2 daripadanya adalah kaum jin, manakala satu adalah sejenis kaum yang berdaging dan berdarah serta diandaikan makhluk inilah jawapan kepada penemuan fosil2.

2 - Poligami yang digalakkan oleh Islam membawa kepada penganiayaan terhadap wanita. Adakah Tuhan menggalakkan sesuatu perkara yang boleh membawa kepada penganiayaan hambaNya?

Jawapan:
Terdapat salah faham di sini, poligami bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Hukum asalnya adalah harus, bukan sunat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang dibenarkan berpoligami seperti isteri mandul dan tidak mempunyai anak, melindungi wanita dan sebagainya. Adakalanya, hukum poligami menjadi sunat, bahkan ada ketika menjadi makruh dan haram. Hakikatnya, pengharusan poligami merupakan penyelesaian kepada masalah rumah tangga seperti contohnya isteri mandul. Poligami menjadi alternatif mengelakkan berlakunya curang dan perzinaan seperti mana di dalam agama lain yang tidak membenarkan berkahwin lebih daripada satu.

3 - Penciptaan dunia menerusi teori Big Bang.
Sains menjawab teori penciptaan dunia melalui teori Big Bang. Yang mana dunia ini tercipta akibat terjadi letusan oleh satu jisim yang padu kemudian menjadi galaksi seperti sekarang, bukanlah daripada Tuhan.

Jawapan:
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)
Jika dilihat kepada letusan bom atom, kesan yang tinggal adalah habuk dan debu. Jika dinilai kembali daripada teori Big Bang, adakah logik letusan yang besar itu menghasilkan galaksi bima sakti yang sangat cantik dan hebat. Setiap planet di dalam sistem suria mempunyai sistem yang sangat hebat. Sebagai contoh, planet bumi. Jika jarak di antara matahari dan bumi itu bertambah, bumi akan menjadi sejuk. Jika menjadi kurang, bumi akan menjadi panas. Jika putaran bumi perlahan malam akan menjadi lama dan sejuk manakala siang menjadi panas. Adakah logik satu letusan mampu menghasilkan sistem yang sangat indah ini melainkan adanya satu kuasa yang Maha Hebat yang menciptakannya.

Novel ini juga diselitkan dengan sifat seseorang muslim itu yang menolak sains secara total dan menganggap sains itu alat yahudi yang menipu dan menyesatkan umat islam.
“Dia mengira sains boleh menolak kewujudan Tuhan & Sains boleh menjelaskan segala-galanya, rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan & Tuhan adalah penjelasan kepada segala-galanya.”
Previous
Next Post »