Judul : Catatan Penglipur Lara Sang Majistret
Pengarang : Zabidi Mohamed
Jumlah halaman : 255
Penerbit : Galeri Ilmu
Jika dilihat dari kulit depan buku ini, barangkali kita sudah punya persepsi bahawa isi-isi dalam buku ini disampaikan dalam keadaan yang santai. Seorang lelaki –penulis buku ini- duduk di atas kerusi bersama patung beruang dan penguin.
Buku ini di tulis oleh seorang bekas majistret, Tuan Zabidi Mohamed tentang catatan-catatan pengalaman sebenar beliau ketika menjawat jawatan itu satu ketika dahulu. Buku ini menceritakan 4 kisah benar yang berlaku yang kemudian setiap kisah ini pula di pecahkan menjadi beberapa episod.
Menariknya buku ini, dalam keadaan santai dan sangat lucu, kita akan disajikan dengan fakta-fakta melibatkan undang-undang negara yang di selit dalam kisah benar yang di alami oleh penulis. Mungkin di kalangan kita ini tidak begitu dekat dengan bidang undang-undang dan prosedur di mahkamah, namun, buku ini mendedahkan kepada kita beberapa hal semisal prosedur di penjara ketika hukuman sebat di jalankan, prosedur di mahkamah ketika perbicaraan sedang di jalankan, akta-akta semisal akta polis dan akta kastam dan protokol-protokol yang dilalui oleh seorang pengamal undang-undang.
Penulis buku ini adalah anak kelahiran Melaka dan mendapat pendidikan formal dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya (UM). Sehabis pengajiannya di UM, beliau di hantar ke daerah Machang, Kelantan dan menjawat jawatan sebagai majistret. Sebagai orang Melaka yang bertugas di Kelantan, penulis punya kesukaran dalam berkomunikasi dengan penduduk-penduduk Kelantan. Disinilah kisah-kisah lucu terjadi.
Kisah terakhir dalam buku ini mengisahkan tentang pengalaman penulis berhadapan dengan beberapa orang perompak di rumah setiausaha menteri besar. Kisah ini sangat teliti dan detail di ceritakan. Secara tersirat, kita –pembaca- boleh memahami bagaimana psikologi dan cara fikir seorang pengamal undang-undang dalam berhadapan dengan situasi cemas begitu. Kita di ajar bagaimana menenagkan diri dan cuba mencari akal dan menstrukturkan pelan-pelan tindakan untuk menyelamatkan diri.
Sedikit pesanan, jika boleh, buku ini janganlah di baca di depan khalayak di tempat terbuka, bimbang kita akan menarik perhatian orang lain - 255 jumlah halaman akan di habiskan dengan gelak tawa dan kisah-kisah yang sungguh lucu tapi bermakna penuh informasi tentang undang-undang -.
Selamat membaca.
ConversionConversion EmoticonEmoticon