#185 Who Moved My Cheese?



Tajuk: who moved my cheese? Edisi bahasa melayu
Penulis: dr spencer johnson
Mukasurat: 77
Penerbit: PTS Professional.

Mengisahkan 4 watak dalam cerita utama. 2 ekor tikus bernama sniff dan scurry. 2 org manusia kerdil bernama hem dan haw. Kehidupan mereka di dalam 'maze' di awal penceritaan digambarkan seperti pengembara. Always on the go. Matlamat utama setiap hari adalah mencari keju.

Drp kisah mereka, dpt sy umpamakan keju seperti zon selesa setiap org. Wang, pekerjaan, status, kesihatan, masa lapang, kehidupan secara amnya. Digambarkan dalam buku ini bagaimana sikap manusia yg sentiasa peka pada perubahan, sentiasa bersedia untuk berubah apabila keadaan memerlukan. Mereka adalah golongan pertama yg akan mengambil jalan keluar tanpa berfikir panjang walaupun mengetahui bahaya dan ketidakpastian apakah berjumpa keju yg baru. Ada juga golongan yg sungguh selesa sehingga tidak mengambil peduli akan kemungkinan keadaan yg memerlukan dirinya utk berubah. Namun apabila perlu, sungguh lambat hendak bertindak kerana banyak berfikir. Mereka golongan yg hanya akan berubah apabila sudah pasti akan mendapat keju yg baru. Ada juga golongan yg tidak mahu berubah walaupun zon selesa semakin mendatangkan mudarat kepadanya. Digambarkan dalam cerita ini melalui watak hem yg masih tidak mahu meninggalkan stesen keju c. Beliau sanggup berlapar kerana percaya kejunya diambil orang dan hanya mahu menunggu tibanya hari keju dikembalikan. Walhal dia tidak sedar dialah yg menghabiskan keju itu.

Dalam konteks kehidupan, seharusnya kita lebih bersedia untuk berubah. Sejak kecil, kita melalui perubahan demi perubahan. Fasa2 ini sudah pasti ada memori dan pengajaran yg terbaik buat diri kita. Namun apabila mengenjak dewasa, kita seakan lupa pada diri kita yg dahulunya berani dan giat mencari perubahan. Kita lebih selesa berada di takuk yg lama. Bila keadaan berubah, terlalu mudah melatah dan merungut sedangkan kita hanya perlu bertindak berubah tanpa bersuara.

Semoga dapat dijadikan manfaat buat semua.

I'm not sure if this book has been reviewed before but I'm sharing this from my own perspective ✌✌
Previous
Next Post »