Tujuan utama penulisan buku ini ialah untuk mengharmoniskan Syariah Dan Falsafah yang mana ada sesetengah pihak mengatakan falsafah itu membuka pintu kesesatan bahkan merosakkan agama.
Tajuk: Kitab Fasl al-Maqat fi ma baina al-Syariah wa al-Hikmah min al-Ittisal
(Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah)
Penulis: Ibnu Rusyd
Penterjemah: al-Mustaqeem Mahmod Radhi
Penerbit: Middle-Eastern Graduate Centre
Muka surat: 66
Menurut Ibnu Rusyd, kebenaran tidak hanya datang dari wahyu, tapi juga dari hikmah para filsuf dan pemikir. Menurut Ibnu Rusyd lagi, sekiranya falsafah ini untuk mempelajari tentang kewujudan, untuk merenung bukti tentang Pencipta dengan merenung ciptaan maka inilah yang dianjurkan Syarak, iaitu mengenal Pencipta.
Ibnu Rusyd membahagikan kebolehan pertimbangan aqal kepada tiga.
1. Demonstratif/inferens
2. Dialektik
3. Retorik
Contoh-contoh berikut untuk memudahkan pemahaman
1. Demonstratif (tertinggi)
Setiap manusia akan mati.Socrates seorang manusia.Socrates akan mati.
2. Dialektik (tengah)
- Premis yang digunakan samar dalam ketepatan
Oksigen adalah keperluan kehidupan,
Kemungkinan bulan dilapisi satu lapisan oksigen,
Mungkin dengan itu wujudnya hidupan di bulan.
3. Retorik (biasa)
- Premis bukan atas dasar logik tetapi emosi
Tanda ikhlas terletak pada kecintaan pada negara,
Kamu mahu jadi orang ikhlas,
Maka wajib mencintai negara.
Di dalam makalah ini juga, Ibnu Rusyd menjawab pertikaian Imam Ghazali yang telah mengkafirkan al-Farabi dan Ibnu Sina dalam beberapa masalah iaitu Tuhan tidak mengetahui perkara juziyyat dan apakah kita di alam akhirat kelak dalam jasad ataupun roh.
Bagi saya, Ibnu Rusyd seolah-olah memperkecil Imam Ghazali bahawa beliau bukanlah ahli dalam bidang falsafah ini dan mungkin tersalah memahami tulisan al-Farabi dan Ibnu Sina dalam menerangkan falsafah Aristotle.
Ibnu Rusyd (Averroes) juga antara nama besar dalam dunia keintelektualan selain Imam Ghazali bahkan lebih "rahmatan lil alamin" mengikut Luthfi Assyaukanie kerana apa? hehe. Silalah pinjam dan baca dari perpustakaan UNITEN (menggalakkan anda ke perpustakaan).
Buku saya sudah pulangkan dan ini antara yang masih tersisa dalam ingatan.
Allahua'lam.
ConversionConversion EmoticonEmoticon