#199 Terusir



Terusir sebuah novel cinta sentuhan tangan ulamak nusantara Buya Prof. Dr. Hamka.

Judul: Terusir
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Jumlah halaman: 134
Penerbit: Pustaka Dini

Mariah seorang wanita yg cekal, bermula kehidupannya penuh rintangan onak duri apabila berkahwin seorang susuk tubuh bernama Azhar.

Azhar kaum kerabatnya dari golongan bangsawan manakala Mariah dari bangsa yang tidak terkenal, cinta dua darjat ini tetap diteruskn dengan ikatan pernikahan, dikurniakan pula seorang cahaya mata.

Ayah Mariah pernah bersumpah dengan air mata yang mengilir lebat di pipinya: "Kalau demikian permintaanmu hai anak muda! Anakku aku serahkan ke tanganmu, serahan yang bulat-bulat. Tidak ada tempatnya bergantung lagi, melainkan engkau, sebab ibunya telah meninggal. Engkau pegang dia, didik dia baik-baik kerana meskipun kami orang yang tidak terkenal, hanya orang gaji, tetapi anakku menerima pusaka dari ibunya, iaitu kesetiaan! Kalau dia engkau sia-siakan hai orang muda, engkau sia-siakan dia lantaran engkau tidak sabar dengan dugaan dan fitnah atau gelombang kesusahan hidup, maka kalau aku hidup pada waktu itu, engkau akan kuhinakan, kupandang seperti makhluk yang tidak berharga, bangsawan nama dan darah rendah. Dan jika aku mati, dari celah kuburku kukirimkan sumpah, biar dibawa oleh angin yang deras mengenai puncak puding pusaraku, supaya engkau ditimpa sengsara hati, yang tidak putus-putus."

Sikap tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu tindakan  (terburu-buru) Azhar itu juga telah membuatkan isterinya dihalau olehnya sendiri kerana Mariah terjerat berdua-duaan dikamarnya.

Bagaimana kehidupan Mariah setelah dihalau, tambah pula dengan ketiadaan tempat bergantung (ibubapanya). Bagaimana kehidupan Azhar? mampukah dia menebus kesilapannya atau merana termakan sumpah bapa Mariah?
Previous
Next Post »