Kita mahu orang lain menerima kelebihan dan kekurangan kita, tetapi sangat sukar untuk kita menerima kelebihan dan kekurangan orang lain. Puncanya hanyalah kerana kita tidak mengenali diri kita sendiri. Itulah intipati buku ini. Memulakan bahagian awal penulisan dengan satu set ujian personaliti, sesiapa pun yang memegang buku ini akan teruja ingin mengetahui "mana satu karektor saya dan mengapa personaliti saya begitu berharga". Bahagian seterusnya dalam buku ini memperkenalkan kepada kita 4 kategori personaliti. Barangkali satu daripadanya menepati diri kita. Mungkin juga 2 atau 3 daripadanya ada dalam diri kita. Split personality? Wah, harus dihabiskan mengkaji buku ini nampaknya! Empat personaliti dihuraikan dalam buku ini dengan sangat rinci: 1. Sanguine yang ceria - dianggap sebagai personaliti paling penting dalam hidup manusia; membawa kegembiraan dalam kedukaan, memberi semangat ketika kita kecewa, menghiburkan hati yang resah, kreatif dan menawan, riang dalam dunia keanak-anakan, memiliki ramai kawan dan sangat menyenangkan, sukakan sisi indah kehidupan. 2. Melancholy yang teratur - seorang pemikir, sukakan keindahan alam, berkebolehan menganalisis dan mendapat jawapan untuk persoalan yang sukar, sentiasa menghabiskan tugasan yang dilakukan dengan baik, mahukan sisi yang terbaik dalam kehidupan, sentiasa tersusun kemas dan teratur dalam setiap tindakan. 3. Choleric yang dinamik - sangat tegas dan mampu membuat keputusan untuk orang lain, gemar bertindak sebagai pemimpin, tegar menanggung apa juga risiko, berkeyakinan dan berani berdiri menyuarakan pendapat, mampu merempuh apa juga halangan bagi mencapai apa yang diingini. 4. Phlegmatic yang santai - stabil dalam pendirian, sabar dan sanggup mendengar, gemar bertindak sebagai pendamai, tenang dan mudah bersimpati, ramai kawan dan hampir sahaja tidak memiliki musuh. Apakah pula kelemahan setiap personaliti ini? Di antara 4 personaliti ini, siapakah yang paling gemar 'menghilangkan' kunci? Siapakah yang parking kereta di aras 3 tetapi mencarinya di aras 5? Siapakah yang begitu rajin menyusun kasut di muka pintu dan mengatur berus gigi di dalam bilik air? Siapakah yang gemar bergurau tetapi sangat mudah terasa? Siapakah yang suka memberi idea tetapi tidak pernah mampu menyelesaikan idea itu tanpa bantuan teman-teman? Siapakah yang gemar mengawal setiap insan di sekelilingnya? Siapakah yang paling dinanti kepulangannya? Siapakah yang paling cuba dihindari teman-teman yang ada? Menarik bukan? Analisis personaliti kita, kenali diri kita; barulah mudah kita menyesuaikan diri dan menjadi personaliti yang disayangi dan disenangi orang lain. Kita serupa, berbeza segalanya. Apabila perbezaan itu difahami dan diterima, ruang kemaafan akan menjadi semakin luas dalam hati kita. Rasulullah saw pernah berpesan, "Kamu tidak dapat bergaul dengan manusia melalui hartamu sahaja, jadi bergaullah dengan mereka melalui wajah yang manis dan pekerti yang mulia". Wallahualam... Selamat menganalisis diri. Semoga menjadi insan yang lebih disenangi.
#69 Personality Plus (Edisi Bahasa Melayu)
Tajuk: Personality Plus (Edisi Bahasa Melayu)
Pengarang: Florance Littauer
Penerbit: Hijjaz Records Publishing (2012)
Bilangan mukasurat: 240

2 comments
Write commentsTak boleh ambil test ae ?
ReplyMana nak dpt buku ni ?? Dkt popular cari xda
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon