Khalid Jaafar, atau lebih sopan anak muda menyapanya dengan Pak Khalid, adalah sosok liberal dan failasuf politik yang punya auranya tersendiri. Di Malaysia, adalah satu hal yang tidak termaafkan jika ada anak muda yang berwacana soal pencerahan dan liberalisme -sekurang-kurangnya- tanpa melibatkan sosok tenang ini.
Judul : Metafizik & Kosmopolitanisme
Penulis : Khalid Jaafar
Jumlah halaman : 91
Terbitan : Institut Kajian Dasar
'Metafizik dan Kosmopolitanisme' ini adalah buku lama, himpunan tulisan-tulisan Pak Khalid. Nama buku ini di ambil sempena salah satu tajuk artikel yang termuat di dalamnya. Justeru, untuk memahani keseluruhan buku, memadai jika di baca artikel itu sahaja.
Seperti tajuknya, buku ini membawa ide yang besar dan punya gengsinya. Pak Khalid cuba menjual ide kosmopolitanisme,yakni satu falsafah dalam hal kenegaraan yang punya jamak budaya,identiti pelbagai kaum yang rencam, kepelbagaian agama dan mazhab di dalam setiap agama. Falsafah kenegaraan ini mengajukan bahawa kita perlu mengiktiraf hak setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara, juga tidak lupa hak-hak warga asing yang datang menyinggah.
Pak Khalid percaya, dengan memeluk kosmopolitanisme ini, kita -rakyat Malaysia- akan lebih bahagia dan aman. Menurut telahan Pak Khalid, perkataan 'kosmopolitanisme' ini seawalnya digunakan di alam Yunani oleh seorang filasuf yang berkelana ke alam Yunani setelah dia di halau dari negerinya. Filasuf itu bernama Diogenes. Diogenes, apabila sampai ke Yunani, ditanya oleh seseorang, "dari negeri mana kau datang?", jawab filasuf itu, "aku adalah warga dunia (kosmopolites!)". Demikian kisah yang dicuplik oleh Pak Khalid lewat karya 'Lives of eminents philosophers'.
Namun, persoalan seterusnya yang perlu ditanya dan di wacanakan adalah kosmopolitanisme yang bagaimana mahu kita modelkan? Sebagai umat tauhidik, pasti kita punya acuan tersendiri. Nah, di sini timbul pula asas kosmopolitanisme kita, iaitu metafizik.
Pak Khalid cenderung memilih konsep metafizik dari tokoh sufi akhbar dalam dunia Islam,iaitu Ibn Arabi. Pemilihan konsep metafizik dari Ibn Arabi ini tidak semberono karna di Alam Melayu, aliran pikir Ibn Arabi sudah sampai lama di tanah kita ini melalui tokoh-tokoh besar semisal Hamzah Fansuri dan Nuruddin Al-Raniri.
Wacana kosmopolitanisme dalam acuan sendiri -metafizik- ini wajib di teruskan dan di gali lagi sehingga kita cair dengan terma-terma dan prinsip-prinsipnya.
Semoga Malaysia akan lebih aman apabila kita semua boleh menghormati dan mengiktiraf hak semua bangsa yang membentuk Bangsa Malaysia.
ConversionConversion EmoticonEmoticon