#204 The Muslim Show - Jiran, Oh Jiran



"The Muslim Show" merupakan produk yang dihasilkan oleh trio pemuda Perancis iaitu Noredin Alam, Greg Blondin dan Karim. Pada mulanya ia sekadar bertapak di blog sahaja, tetapi ia menjadi viral di laman-laman sosial kerana mampu menarik minat netizen seterusnya berhasil untuk dibukukan dan diedarkan dalam pelbagai bahasa seluruh dunia. Buku ini berunsurkan komik Islamik yang sarat dengan mesej dakwah yang neutral, santai dan bersahaja.

Tajuk: The Muslim Show - Jiran, Oh Jiran
Penulis: Noredin Allam, Greg Blondin & Karim
Penerbit: PTS
Muka Surat: 52

Dalam siri komik ini, penulis mengetengahkan kisah kehidupan sebuah keluarga Muslim yang hidup menetap di negara Barat (Perancis) yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup seperti Islamophobia, communal prejudices, provokasi dan sebagainya lebih-lebih lagi apabila keluarga Muslim ini tinggal di kawasan kejiranan majoriti non-Muslim. Nah! Sudah semestinya lagi dahsyat cabarannya, asal terserempak dengan jiran Barat terus dikecam sebagai "terrorist", dahsyat bukan? Selain itu, mereka juga perlu berdepan dengan cabaran kehidupan yang datang daripada dalam keluarga Muslim itu sendiri. Maklumlah sebuah keluarga  yang baru didirikan dengan kurniaan seorang anak lelaki yang selalu rebel semestinya menjanjikan banyak karenah hidup, bukan?

Akhir kata, buku komik seperti ini harus disokong padu momentumnya agar mampu memberi impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi keluarga kita sendiri yang beragama Islam. Apa salahnya, belikan buku sedemikian rupa untuk adik-adik kita (dan anak kalau ada).


Sekian, terima kasih!
Previous
Next Post »