#184 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck



Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis: HAMKA
Mukasurat: 290
Penerbit: PTS MEDIA GROUP

❗Spoiler Alert❗

Ahhh...mungkin review yg bersifat santai dan bercerita yg sesuai diukirkan bagi hikayat ini. Pada asalnya sangkaan ku terhadap tajuk, ianya sebuah novel mengenai sejarah penjajahan org barat terhadap org timur. Jauh tersasar bila mendengar sahabat2 yg lain memberi sedikit 'teaser' mengenai karya ini. Tiadalah diri ini akan membaca hikayat cinta ini jika ia tidak ditulis oleh HAMKA. Ku ingin mengenali seni tulisan dan susunan katanya. Tiada penafian terhadap indahnya tulisannya. Penerangan penulis terhadap setting tempat, masa dan watak benar2 dapat membawa pembaca mengambarkan keadaannya.

Separuh awal di buku ini menerangkan cinta yg dibezakan dgn keturanan dan tidak berketurunan, adat dan tidak beradat, kaya dan miskin, kampung dan bandar, darjat dan tidak berdarjat, kuasa dan tidak berkuasa, ilmu dan tidak berilmu. Begitu banyak persoalan sosial masyarakat ditimbulkan oleh penulis hanya melalui hikayat cinta yg dikatakan paling 'sejati dan suci' oleh watak utama dlm suratnya kpd Hayati.

Separuh akhir hikayat ini pula mengkisahkan kejayaan seseorang kerana kesengsaraannya yg bertubi-tubi. Diuji dengan kematian ayahnya, ibunya, ibu angkatnya, dan permata hati pula dipakaikan pd org lain. Kerna kesengsaraan ini juga dia menolong anak muda yg lain utk tidak melaluinya. Akhirnya sehingga hujung nyawa, walupun adanya peluang kedua utk menghidupkan semula cinta yg bersalut dgn dendam kerna janji yg dimungkiri, cinta sejati dan begitu 'suci' tetap tidak dpt disatukan di atas ikatan yg sah.

Pengajaran hikayat, jika wayang 'ketika cinta bertasbih' mengajar tentang jodoh itu tidak kemana walau kemana pun arah usaha kita utk mencari teman cinta. Maka hikayat HAMKA ini mengajar kita walau 'sesuci dan sejati'nya cinta itu, kalau dia bukan jodoh, maka bukanlah. Biarlah yg suci dan sejati itu selepas ikatan yg sah supaya ia tidak sengsara di kemudian hari sehingga inginkan kematian. Tapi sungguh, banyak lagi pengajaran yg tersirat didalam hikayat ini. Maka terokailah bagi yg belum membacanya lagi.
Previous
Next Post »