#232 The Art of Thinking Clearly (edisi Bahasa Melayu)



Tanpa berfikir manusia seperti benda mati. Saya tertarik untuk membaca buku ini pada mulanya kerana merasakan pemikiran yang sedia ada sedikit serabut. Saya kira, jika mengetahui bagaimana untuk berfikir dengan jelas, seseorang itu mampu untuk memproses suatu  maklumat  dengan lebih cekap.

Tajuk : The Art of Thinking Clearly (edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Rolf Dobelli 
Terjemahan : Norliza Abu Bakar
Penerbit: PTS
Muka Surat: 398

Bagaimanapun,  buku ini menceritakan bagaimana pelakuan seseorang menurut kepada pemikiran individu tersebut. Jika kita melakukan sesuatu perkara, apakah yang sedang otak kita fikirkan. Contoh yang dapat dipetik ialah fenomena Contrast effect dimana kita akan menilai sesuatu sebagai cantik, mahal, mahupun besar sekiranya kita mempunyai perkara lain yang buruk, murah, mahupun kecil di hadapan mata.

Otak kita telah diprogram untuk mentafsirkan sesuatu itu dengan kaedah tertentu apabila sesuatu maklumat diterima. Ibaratkan sebuah komputer, apabila kita memberi input,  output yang diberikan merupakan  hasil daripada maklumat yang diproses menggunakan program yang ditetapkan. Hasil daripada bacaan saya,  buku ini menjelaskan 99  perkara tentang apa yang saya katakan tadi sebagai program yang diguna pakai oleh otak. mungkinkah program tersebut hanyalah akal? 

Buku The Art of Thinking Clearly ini pada asalnya ditulis di dalam bahasa German dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa lain termasuklah Bahasa Melayu. Saya dapati agak sukar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam bahasa melayu. Beberapa terma yang diguna pakai agak sukar untuk diterjemah, tetapi setelah membaca berberapa kali, saya dapat memahami apa yang hendak disampai penulis. 

Dikatakan buku ini menggariskan kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam berfikir serta membuat sebarang keputusan. Pada saya, segala keputusan yang dilakukan bukanlah suatu kesilapan, akan tetapi suatu keputusan yang dipengaruhi oleh nafsu yang mendorong kepada kehidupan manusia. Jika kita dapat mengawal nafsu tersebut daripada mempengaruhi pemikiran, mungkin selepas ini, kita pula dapat mencipta our own The Art of Thinking Clearly. Hehe


Kita mengetahui kesilapan yang dilakukan ketika berfikir apabila membaca buku ini,  kita mungkin dapat menggelak daripada melakukan kesalahan ataupun kelemahan. Namun begitu, pemikiran yang bebas daripada perkara ini tidak akan mencapai keberkesanan intelektual. Kita boleh buang segala faktor kelemahan tersebut dan meninggalkan hanya faktor yang betul dan baik. Akan tetapi dengan membetulkan apa yang lemah pada kereta lembu, ia tidak akan menghasilkan kereta bermotor, kerana kereta bermotor bukan kereta lembu yang diperbaiki. Selamat membaca.
Previous
Next Post »