Tajuk: Wacana kisah Al-Kahfi
Penulis: Dr. Ahmad Fikri Hj Husin
Penerbit: HR Publishing
Mukasurat: 159
Penulis: Dr. Ahmad Fikri Hj Husin
Penerbit: HR Publishing
Mukasurat: 159
Membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari jumaat sudah menjadi rutin sebahagian dari kita kerana ia digalakkan dalam Islam.
Asbab An-Nuzul (sebab penurunan)
Sebab utama penurunan surah Al-Kahfi adalah berdasarkan pertanyaan orang-orang Yahudi mengenai kisah Ashab Al-Kahfi dan Zulqarnain. Ketika ditanya, Rasulullah berjanji akan memberikan jawapan pada keesokan hari. Baginda berjanji tanpa menyebut perkataan Insyaallah iaitu jika dikehendaki Allah. Namun wahyu Allah tidak turun beberapa hari. Hanya pada hari ke-15, Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu yang mengandungi perkhabaran mengenai kisah Ashab Al-Kahfi dan Zulqarnain. Allah berpesan kepada Nabi dengan firmanNya:
Dan jangan sesekali kamu berkata 'sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok' untuk sesuatu urusan. Melainkan (dengan menyebut) 'jika Allah menghendaki' dan ingatlah Tuhanmu, apabila kamu terlupa, ucapkanlah 'mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke arah yang lebih mendekati jalan kebenaran ini'
(Al-Kahfi :23-24)
Seperti yang kita ketahui, surah Al-Kahfi terdiri daripada 4 kisah utama iaitu:
1) kisah Ashab Al-Kahfi
2) kisah sahib al jannataiyn (pemilik 2 kebun)
3) kisah nabi musa dan nabi khidhir
4) kisah Zulqarnain
2) kisah sahib al jannataiyn (pemilik 2 kebun)
3) kisah nabi musa dan nabi khidhir
4) kisah Zulqarnain
Secara ringkas, surah Al-Kahfi merangkumi tiga komponen utama iaitu amalan orang kafir yang sia-sia dan tidak diterima Allah di akhirat kelak, memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan nikmat syurga yang kekal abadi dan akhir sekali ilmu Allah tidak ada batas dan kesudahannya.
Wallahualam.
ConversionConversion EmoticonEmoticon