#156 Mitos Mahasiswa Sibuk!

Tajuk : Mitos Mahasiswa Sibuk! Penulis : suntingan Megat Hanis Penerbit : Gerakbudaya Enterprise Bilangan mukasurat : 206
Image result for Mitos Mahasiswa Sibuk!

Buku ini terdiri kepada 3 bahagian :
Bab 1 : Mahasiswa dan Idealisme Menampilkan 8 karya terpilih mahasiswa yang memfokuskan pada golongan Gen-Y, siapa mereka dan bagaimana idealisme mereka. Antara point penting di dalam bab ini : 1. Manusia+tanah+waktu=peradaban. 2. Epistemologi pendidikan adalah kaitan rapat antara idealisme dan aktivisme yang dilaksanakan atas rasa tanggungjawab sebagai masyarakat madani. 3. Proses pendidikan berlaku apabila adanya persoalan dan jawapan pada setiap idea. 4. Idealisme mesti bergerak untuk dikritik dan dihujahkan. Jika tidak dihujahkan, hanya menambahkan kebodohan yang sedia ada. 5. Mahasiswa Gen-Y adalah mahasiswa yang mempersoalkan segala yang berlaku, berperanan sebagai semak dan imbang, bebas dari anasir luar, adil, tidak terburu2, tidak taklid, ghairah terhadap ilmu dan terpaut pada masyarakat lemah. 6. Gen-Y cenderung mengkaji isu yang digembar-gemburkan sebagai contoh; mengkaji isu syiah lebih daripada fardh ain. 7. Gen-Y tidak menghadapi masalah untuk mencari sumber ilmu, tetapi meghadapi cabaran untuk menentukan di antara hak dan batil.
Bab 2 : Mahasiswa dan Gen Y Menampilkan 18 karya terpilih daripada mahasiswa yang berfokuskan kepada isu mahasiwa, pendidikan negara, peranan mahasiswa kepada sistem pendidikan negara kita dll. 1. Generasi yang celik maklumat belom tentu celik politik. Individu yang celik celik politik akan membuat kajian, belajar dan terus belajar bagi mendapatkan maklumat yang sahih. 2. Sistem pendidikan negara tidak akan berhasil jika hanya sekolah, guru dan pelajar sahaja terlibat. Sebaliknya, setiap orang perlu memberikan peranan dalam memastikan keberhasilan sistem pendidikan negara. Sebagai contoh; Finland sistem pendidikan di Finland menjadi antara yang terbaik bukan hanya disebabkan kesemua gurunya mempunyai sekurang-kurangnya degree/master, sebaliknya kejayaan itu hanya peranan setiap pihak bermula daripada ibu bapa, kawan-kawan jiran-jiran, mahasiswa hingga ke semua peringkat. 3. Lirik lagu bangau oh bangau harus menjadi teladan buat semua agar kita tidak menyalahkan sistem yang sedia ada ataupun pembuat sistem. Sebaliknya, mahasiswa perlu bangkit dengan BACA, FAHAM, FIKIR dan BERTINDAK supaya kita sebagai waris kepada masa depan negara mampu mengubah negara pada masa hadapan. 4. Laporan PISA dan TIMSS menyaksikan kemerosotan pendidikan negara walaupun negara kita merupakan antara negara yang paling banyak membelanjakan wang untuk pendidikan. PISA 2009 –Malaysia di kedudukan 1/3 terbawah daripada 74 negara. TIMSS 2011 – 35% dan 38% pelajar Malaysia berada di bawah paras minimum antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains. 5. 5 prinsip teras Falsafah pendidikan negara; jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan negara hanya memfokuskan kepada prinsip intelek semata.
Bab 3: Laporan Kajian Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2015
Saya tidak akan menceritakan lebih lanjut mengenai bab 3 melainkan menyeru untuk sahabat-sahabat GEBU untuk membaca buku ini terutama bagi sesiapa yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.
‘Barangkali sekarang, isu buta huruf makin berkurangan, tapi malangnya semakin bertambah orang celik huruf yang malas membaca’ ~Marwan Bukhari
Previous
Next Post »