#181 Money Sense - Getting Smart with Money


Tajuk: Money Sense - Getting Smart with Money
Pengarang: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 2014
Penerbit: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bilangan mukasurat: 137

Buku ini bakal dijadikan buku teks untuk satu subjek baru yang akan/sudah diwajibkan kepada semua mahasiswa di IPT. Subjek yang diperkenalkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini secara dasarnya akan berusaha membawa mahasiswa mengenali 'apa itu pengurusan kewangan' yang baik.

Buku ini memberi garis panduan yang menjawab persoalan 'mengapa kita perlu menguruskan kewangan', kuasa wang dalam kehidupan, produk-produk kewangan (bank, insurance dan sebagainya), peluang dan kaedah membina kekayaan, asas peminjaman daripada institusi kewangan, menjalani hidup dengan gaya tersendiri dan bagaimana mencari jalan keluar daripada masalah kewangan.

Melangkaui keseluruhan kandungan buku ini ialah senarai fakta mengejutkan berkaitan pengurusan kewangan individu di negara kita, khususnya dalam kalangan belia. Antaranya:
1. 122,169 orang telah diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga 2014 dan 50% daripada mereka berusia 30 tahun ke bawah. Purata 68 orang muflis setiap hari.
2. Kad kredit sebagai simbol hutang dilihat oleh generasi muda sebagai simbol kekayaan.
3. 70% golongan muflis adalah lelaki.

4. Kebanyakan kes wanita muflis adalah akibat 'penipuan cinta' di media sosial. Antara yang mengejutkan ialah kes kerugian RM2juta akibat cinta palsu dari luar negara.

5. Mahasiswa lebih banyak berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu, berbanding individu bekerja.

6. Carta keinginan perbelanjaan dalam kalangan mahasiswa cenderung menunjukkan mereka tidak mahir membezakan antara keperluan dan kehendak.

Menariknya buku ini ialah garis panduan bersifat interaktif yang diberikan demi kesedaran anak muda tentang kaedah mengurus kewangan yang baik. Jelas harapan yang dibawa bersama buku ini ialah masa hadapan bersama kesedaran terhadap pengurusan kewangan yang terbaik. Melihat kepada kecenderungan anak muda khususnya mahasiswa dalam berbelanja adalah fakta yang sangat menakutkan.


Semoga buku ini memberi manfaat kepada generasi muda yang masih dangkal dek umpan kemewahan. Memetik kata-kata yang barangkali boleh dijadikan panduan bermakna, "it is not how much you earn, it is how you spend what you earn"..
Previous
Next Post »