#195 Sehingga Para Pemuda Mengerti



Buku yang menarik untuk dibaca oleh setiap pemuda yang masih mencari-cari apa sebenarnya peranannya sebagai seorang pemuda. Juga sesuai dibaca oleh ibu bapa yang sedang memikirkan cara terbaik untuk mendidik anak2. Pendek kata, semua lapisan umur boleh ambil input yang berguna daripada buku ini. InshaaAllah.

Tajuk: Sehingga Para Pemuda Mengerti
Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan
Terjemahan: Al Ghuraba'
Penerbit: Jundi Resources
Mukasurat: 165

Pemuda merupakan agen yang penting untuk sesebuah negara. Kadang2, pemuda pun tak sedar sebenarnya di bahu mereka ada satu tanggungjawab penting yang perlu mereka galas iaitu sebagai bakal pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri.

Banyak yang kita nampak kebelakangan ni, kebanyakan pemuda mudah hanyut dengan sekali jentikan hiburan, cinta dan sebagainya. Seolah-olah hiburan dan cinta adalah dunia mereka, matlamat mereka.

Sedangkan realiti yang sepatutnya dijayakan oleh seorang pemuda adalah menjadi seorang bakal pemimpin. Kerana pemimpin yang sedia ada akan beransur tua. Penggantinya adalah pemuda-pemuda yang masih  segar pemikiran dan kudrat.

Kalau pemuda masih lagi hanyut dengan permainan dunia, maka negara akan kekurangan pelapis yang selayaknya di tempat yang sepatutnya. Maka, orang yang tidak selayaknya akan menerajui pimpinan. Dan akhirnya boleh jadi akan membawa kepada kepada kehancuran sesebuah negara.

Kalau kita renung semula sirah perjuangan Rasulullah S.A.W, baginda memilih pemuda untuk dihantar menjadi barisan hadapan dalam medan peperangan dan medan penyebaran ilmu.

Bagi saya, tajuk buku ini iaitu 'Sehingga Para Pemuda Mengerti' merupakan hadiah terbaik untuk pemuda yang selalu lalai, terlupa dan masih tidak mengerti apa tanggungjawab mereka.

To be exact, KITA.
Previous
Next Post »