Satu kertas kerja yang disediakan untuk peserta Daurah Usul Fiqh di Pulau Pinang. Saya gariskan tiga isi utama yang dibawakan penulis kepada pembaca secara ringkas untuk kita menelitinya bersama.
Judul : Menanggapi Pandangan Imam Mazhab Dan Ulama Mazhab
Penulis : Ustaz Wan Ji Wan Hussin
Penerbit : Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim
Bil. m/s : 24
Pertama, meneliti manhaj imam tidak semestinya berpegang dengan keputusan hukum mereka:
a) Sama manat (1), berbeza natijah;
Contoh: Al Imam Syafie (204H) mengikut pendirian Saidina Umar yg anggap makruh air musyammas dari sudut perubatan, iaitu boleh mengundang penyakit sopak (2). Dalam al-Majmuk pula, al-Imam al-Nawawi (676H) yg merupakan seorang ulama dalam mazhab al-Syafie pula menampilkan pandangan berbeza dengan al-Imam al-Syafie sendiri, iaitu menggunakan air musyammas tidak makruh (3) kerana pada zaman al-Imam al-Nawawi didapati tidak terdapat satu bukti dari sudut perubatan pada zamannya bahawa mengguna air musyammas boleh menyebabkan (al-manat) penyakit sopak. Walaupun al-Imam al-Nawawi adalah salah seorang ulama dalam mazhab al-Syafie yg menyebabkan manhaj mazhab tersebut, tetapi faktor "al-Manat", iaitu "perubatan" menjadikan kedua-dua mereka berbeza.
(b) Hadis ahad takhsis umum Al-Quran (4);
Dalam metode Mazhab Hanafi, hadis ahad tidak boleh takhsis umum al-Quran. Contohnya dalam hal sembelihan orang Islam tidak boleh dimakan selama tidak dibaca nama Allah, walaupun ada hadis yg bersifat ahad menyatakan bahawa sembelihan muslim boleh dimakan, sama ada dibaca, nama Allah atau tidak.
Kedua, bertembung dengan akal, usul dan manqul dalam keputusan hukum:
Ibn al-Jauzi ada menyatakan, "apabila kamu melihat hadis yg menyalahi akal, tidak selaras dengan manqul (nas-nas yg lain) dan menyanggahi usul, maka ketahuailah bahawa ia adalah palsu" (5). Al-Subki juga ada menyatakan sebilangan hadis yg diriwayatkan dari Nabi, perkara yg tidak ditakwil kerana bercanggah dengan dalil akal. Beliau menyatakan juga bahawa apabila hadis itu semestinya tidak boleh ditakwil, maka hendaklah ia ditegah dari menyatakan ia datang dari Nabi secara Qatie (6). Penulis ada beri contoh hukum bunuh orang murtad dan hukum rejam dalam kesalahan zina panjang untuk dimasukkan dalam review ini (boleh baca lanjut dalam kertas kerja).
Ketiga, pandangan ulama' usul al-fiqh tentang umum lafaz, khusus sebab:
Kebiasaan dalam perbincangan dalam kalangan ulama' usul al-Fiqh, mereka meletakkan asas kaedah bahawa "Pengajaran itu dilihat pada umum lafaz bukan pada khusus sebab". Dalam maksud, sesuatu sebab turun sesuatu ayat al-Quran, atau sesuatu sebab wujud sesuatu hadis, tidak memberi kesan pada hukum, sebaliknya kesan hukum itu berlaku pada keumuman lafaz. Apabila diperhalusi, didapati asas kaedah ini tidaklah disepakati oleh ulama' Usul al-Fiqh. Penulis senaraikan tiga pendapat, pengajaran pada umum lafaz tidak pada sebab yang khusus, pengajaran pada sebab khusus bukan lafaz yang umum dan pengajaran pada umum lafaz selama tiada pertentangan (boleh baca lanjut dalam kertas kerja).
Kesimpulannya, perbincangan ini membawa kita kesedaran beramal dengan kefahaman, dan bertapa luasnya khazanah ilmu Islam untuk kita perhalusi bersama.
Nota kaki;
(1) Al manat adalah tambatan terhadapan sesuatu hukum. Dengan pada tempat bergantung, sesuatu hukum itu boleh diadaptasikan terhadap sesuatu kejadian yang lain. Proses al manat bersumberkan kpd kaedah istiqra' maknawi, iaitu gabungan teori istiqra' naqis dalam ilmu mantiq dengan teori Mutawatir maknawi dalam ilmu mustalah al-Hadis. (Duski Ibrahim, Metode Penetapan Hukum Islam (membongkar konsep al-Istiqra' al-Maknawi asy-Syatibi), hlmn 186, Al-Ruzz Media, Jogjakarta. Tarikh:2008; Dr Nu'man Jughaim, Turuq al-Kasyf 'an Maqasid al-Syari'. Hlmn 265, Dar al-Nafais li a-Nasyr wa al-Tawzi', Jordan. Tarikh:2002)
(2) Al-Syafie, al-Umm, jld 1, hlmn 16, Dar al Ma'rifah, Beirut. Tanpa tarikh.
(3) Al-Nawawi, Majmuk Syarh al-Muhazzab, jld 1, hlmn87, Dar al-Fikr, Beirut. Tanpa tarikh.
(4) Mazhab hanafi menganggap, takhsis umum hendaklah mustaqil dan muqrin. Maksud dengan muqarin adalah, dalam satu ayat tidak berasingan, sedangkan maksud mustaqil adalah syarat, istisna', al ghayah dan ba'd.
(5) Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, jld 1, hlmn 327, Dara al-Taiba, tanpa tarikh.
(6) Al- Subki, al-Ibhaj fi Syarh al-Minhaj, jld 2, hlmn 298, Dar al-Kutub al Ilmiyyah, Beirut. Tarikh:1995
ConversionConversion EmoticonEmoticon