#215 Diagnosis 2


Gambaran seorang ahli bedah, seakan-akan kehampaan yang ditonjolkan dihadapan kulit buku ini telah menceritakan sedikit sebanyak tentang isi kandungan atau mesej yang ingin disampaikan di dalam penulisan buku ini.

Tajuk: DIAgnosis2 
Penulis: Dr Anwar Fazil, Dr Fatin Liyana, Dr Aizzat, Dr Azzah, Dr Beni Rusani, Dr Mafeitz, Dr mahyuddin
Penerbit: White Coat
Muka Surat: 359

Menariknya di dalam novel ini, penggunaan terma-terma kedoktoran juga seringkali  diguna pakai oleh kerana penulisnya terdiri daripada kalangan doktor perubatan. Pada saya, penulis berjaya membawa pembaca untuk merasai hakikat sebenar kehidupan seorang yang bergelar doktor. 

Pengalaman mereka berhadapan dengan suasana getir  kematian sangat memberi impak yang mendalam di dalam mengajar kita bagaimana untuk mengurus emosi apabila berhadapan dengan suasana  tersebut. Juga dititik beratkan ialah nilai peribadatan seorang muslim  walaupun ditekan dengan kesibukan merawat ciptaan tuhan yang begitu kompleks. 

Hablumminallah mahupun  Hablumminannas merupakan dua aspek yang tidak dapat dipisahkan. Aturan di dunia ini dari Allah, semata-mata  untuk kita kembali kepada Allah. Pembacaan ini banyak mengajak kita untuk menilai semula kualiti kehidupan kita. Segala yang dilakukan perlunya kepada niat yang betul, iaitu niat kerana Allah.


Akhir kata, buku ini dapat membuatkan kita rasa bahawa tiada lebih dan tiada kurangnya nikmat yang berikan Ilahi kepada kita. Semua kita dibawah kekuasaan dan keadilan Nya. Harapan saya, semoga semua dari kita dikurniakan pegakhiran khusnul khatimah. inshaAllah. Amin.
Previous
Next Post »