Pada asalnya sebelum membelek helaian buku ‘99 Stress Free Mummy’, saya mensasarkan naskah ini mungkin seperti buku ‘Stress Islam Ada Penawarnya’ tulisan Dr. Mohd Sukki Othman yang sarat dengan tip-tip mahupun penerangan tentang cara-cara untuk menguruskan stress. Tapi nyata telahan itu 99 peratus silap.
Tajuk : 99 Stress Free Mummy
Penulis : Zatika Izati Puade
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
Mukasurat : 141
Zatika Izati Puade mungkin bukan nama besar yang biasa kita dengar dalam industri penulisan. Empat belas tahun berkecimpung sebagai akauntan bertauliah dan akhirnya beliau memilih untuk bekerja dari rumah. Seorang self-confessed ulat buku yang telah mencetuskan group FB ‘Gerakan Baca Sambil Menunggu’ pada tahun 2010 dan sudah lebih 4000 bahan bacaan telah diagihkan ke tempat awam. Inilah buah tangan pertama yang diterbitkan selepas e-book kanak-kanak bergambar bertajuk ‘Rumah Mama Rumah Abah’.
Penulis mengumpulkan 99 momen manis dan mencuit hati antara ibu dan anak. Ia ditulis secara santai dan ditampilkan sebagai anekdot. Sesuai sebagai satu bacaan ringan dan ubat stress kepada ibu-ibu. Ia bukannya buku yang berat. Cerita yang senang dihadam. Menghiburkan hati. Bahasa yang mudah. Karikatur yang comel. Simple and sweet! Sesuai dengan tajuk.
Membesarkan anak-anak syurga itu hakikatnya membahagiakan, tetapi tetap tidak boleh lari daripada stres. Lupakan sekejab susah payah membesarkan anak-anak syurga. Pindahkan pula kisah yang muluk-muluk untuk dicoret sebagai kenang-kenangan. Itulah apa yang dipegang oleh penulis buku ini.
"Everytime I do something bad, I just say to my kids, 'Save it for the book'" ~ Rosie o'Donnell.
Penulis turut berkongsi UBAT stress yang beliau amalkan iaitu;
[ U ]– ‘UNPLUG’, iaitu ‘bercuti’ daripada gadget dan internet dan USAH MEMBANDING-BANDING.
[ B ] – BANGUN LEBIH AWAL dan BERLAPANG DADA menerima bantuan orang lain.
[ A ] – AMBIL MASA UNTUK DIRI SENDIRI dan AMALKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL.
[ T ] – TERUSKAN BERDOA supaya Allah SWT memudahkan semua urusan kita!
Qoute dalam buku Anne Of Green Gables tulisan L.M. Montgomery yang digemari oleh penulis yang mana turut mengingatkan beliau kepada pengasas Yoga Ketawa, Dr Madan Kataria.
“Life is worth living as long as there’s a laugh in it”.
Boleh ketawa asal tidak melanggar syarak.
ConversionConversion EmoticonEmoticon