Buku ini tidak lama untuk dihabiskan. Jika anda ada semangat dan fokus untuk membaca, bacalah buku ini. Sehingga ke kulit belakang pun masih terfokus dan akan membuat anda termenung memikirkan sisa hidup yang lepas dan mendatang.
Tajuk: Tazkiah an-Nafs
Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
Penterjemah: Abu Umar Abdillah
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Muka surat: 64
Cuba kita renung kembali. Berapa umur kita sekarang? 20? 30? Dalam tempoh ini, yang masih dikurnia nikmat bernafas, berapa banyak kerjabuat atau amalan kita yang betul-betul dilakukan ikhlas kerana Allah, tuhan sekalian makhluk.
Cuba tanya diri kita, 'Adakah benar aku ini cinta Allah dan Rasulku?" Tanyakan lagi, "Apakah kita benar kita mencintai kerana Allah dan benci kerana Allah?"
Benarkah kita mempertuhankan Allah, atau secara tidak sedar kita telah menduakanNya?
Bagaimana kita kata kita cinta Allah tapi sering berulang kali mengundang kemurkaanNya dan melanggar laranganNya?
Bagaimana kita hanya pandai bercakap berani bersuara sedangkan jalan menuju masjid pun sunyi dari derapan langkah kita?
Bagaimana kita kata kita cinta Allah sedangkan kita buat perkara yang menyalahi Rasulullah (selawat)?
Kita ini sebenarnya cinta atau tidak kepada Allah, Tuhan sekalian alam? Atau hanya beretorik semata-mata dihadapan manusia?
Sebenarnya hidup ini sudah cukup jika punya Allah, bukan harta berjuta atau wang serta takhta kerana tiga punca kebahagiaan mengikut Ibnu Qayyim ialah apabila mendapat nikmat, bersyukur, mendapat ujian,bersabar, dan jika melakukan kesalahan, memohon keampunan.
Ayuh semua! Beranikan diri. Ayuh bertaubatlah! Sebelum pejam mata, bermuhasabahlah dahulu dan niat ingin menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Ikhlas kerana Allah dan ikutlah sunnah Nabi (selawat) sekarang juga. Pohonlah doa kepada Allah supaya ditetapkan iman dan taqwa sehingga ke akhir hayat serta keampunan dan kebaikan di dunia dan akhirat.
Jika puisi "Peringatan" Widji Thukul terkenal dengan "hanya ada satu kata; Lawan!", saya ingin ubah sedikit, " hanya kerana satu kata, Allah!
Selitkan saya dalam doa-doa baik kalian. Saya juga mohon diringankan untuk laksanakan apa yang saya tulis ini.
Allahua'lam.
ConversionConversion EmoticonEmoticon