Idea utama yang cuba disampaikan di dalam buku ini adalah
untuk memberi nafas baru dan erti pada dunia kerja kita. Membebaskan kita dari
terus terikat dan tertunduk pada doktrin sekularisasi 'work' dan 'play'. Lantas
menyuburkan perasaan cinta pada kerja kita dan segala cabaran yang hadir
bersamanya.
Tajuk: FISH! Tales
Penerbit: Hodder Mobils
Penulis: Stephan C. Lundin Ph.D, John Christensen, Harry Paul, Philip Strand
Muka Surat: 176
Sesungguhnya bercinta dengan kerja bukanlah satu teori atau
falsafah romantis yang baru menzahirkan diri. Hakikatnya, kita semua sudah
semestinya bersetuju dengan hal ini. Namun mungkin sudah terlalu lama kita
membiarkan ia sekadar teori yang hanya bermain di minda dan sembang kencang
kita. Kesibukan alam kerja mungkin mengekang kita untuk menstrukturkan teori
tersebut menjadi satu praktis yang praktikal.
So this is where this book comes to play.
Buku ini adalah sequel kepada buku bestseller ‘Fish! A
Remarkable Way to Boost Morale and Improve Results’, buku yang megisahkan
perjalanan sebuah syarikat yang berjaya mentransformasikan dirinya secara total
setelah mengaplikasikan 'The FISH! Philosophy'.
FISH! Philosophy ini berakar daripada analisis John
Christensen pada Pike Place Fish Market, Seattle, USA yang terkenal dengan
suasana kerjanya yang unik. Analisis tersebut mendapati bahawa terdapat 4
prinsip utama yang perlu diamalkan untuk mengubah suasana dan budaya kerja
keseluruhannya.
Berikut saya bentangkan prinsip-prinsipnya secara ringkas:
1. Be There - Sentiasa hadir secara emosional bila bersama
orang lain. Ia membina hormat, meningkatkan komunikasi dan mengikat hubungan.
2. Play - Tempat kerja adalah taman permainan. Jadikan ia
suasana yang mengembirakan dan seronok. Play with ideas. Do things differently.
Get creative, get enthusiastic.
3. Make Their Day - Jadikan misi dalam diri untuk
mengembirakan orang lain. Ia tidak perlu sesuatu yang susah dan rumit, cukup
sekadar untuk membawa makna dan kenangan pada kehidupan orang lain.
4. Choose Your Attitude - Tentukan cara kita memberi respon
pada cabaran-cabaran kehidupan. Kerana kadangkala (selalunya) respon kita
memberi kesan pada orang lain. Ia boleh menjernihkan keadaan. Ia juga boleh
mengeruhkannya. Dalam memilih respon ini, tanya pada diri, adakah attitude ini
membantu orang lain? Adakah ia membantu saya untuk menjadi orang yang lebih
baik?
Demikianlah kerangka asas falsafah ini. Motivasi sebenar
buku ini terkandung pada bahagian testimoni dan kisah-kisah benar yang termuat
di dalamnya. Boleh kata hanya 5% isi buku ini digunakan untuk menerangkan
falsafah Fish ini. Lagi 90% adalah cerita-cerita transformasi hasil daripada
implementasi falsafah ini.
Ia suatu buku yang baik bagi yang mencari inspirasi untuk
memlumpuhkan kepishangan di tempat kerja. Juga bahan bacaan yang baik untuk
mereka yang bakal memasuki alam kerja.
ConversionConversion EmoticonEmoticon