Buku ini hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sempena
meraikan blog beliau saifulislam.com yang sudahpun berusia 17 tahun. Tajuk buku
ini seolah-olah menampakkan ia hanyalah buku tentang cinta tetapi sebenarnya
bukan. Beliau yang merupakan antara penulis prolifik tanah air bertemakan
pembangunan diri, motivasi, nasihat dan sebagainya. Antara buku bestseller
karangan beliau seperti “Aku Terima Nikahnya”, “Bercinta Sampai Ke Syurga”, “Di
Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu” dan banyak lagi.
Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: PTS
Muka Surat: 61
Menerusi buku ini sebanyak 32 topik ringkas dihimpunkan dan
terdapat beberapa tema utama di laman blog saifulislam.com merentasi isu
keibubapaan, remaja dan persepsi mereka terhadap kehidupan, agama dan Tuhan,
turut dimuatkan dalam buku ini. Buku ini terasnya menekankan cara berkomunikasi
menurut hikmah Islam meskipun bersifat santai, kreatif, ringkas tetapi memberi
maksud yang mendalam serta kadang-kala memaksa kita untuk berfikir sejenak dan
menggalakkan kita berubah dan membuat perubahan. Masakan apabila teguran dan nasihat
menimpa kita dan teguran itu tepat untuk kita lalu kita tidak boleh ikut, pelik
bukan?
Antara yang mencuri perhatian dalam buku ini adalah bab
“Koreksi” yang menyatakan, “Komunikasi paling mencabar adalah semasa membuat
koreksi kesalahan. Persoalan salah siapa, menimbulkan tekanan. Persoalan di
mana salahnya, menawarkan penyelesaian”, menarik bukan? Dan terdapat banyak
lagi yang mampu membuka mata dan hati kita untuk berfikir dan memberikan kita
ruang dan peluang untuk bertindak dari perpekstif yang berbeza lebih-lebih lagi
mengikut apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon