Judul : Bulan Syawal
Penulis : Ustaz Mohammad Abdul Kadir bin Sahak
Penerbit : Jabatan Mufti Negeri Perlis
Buku kecil yg memuatkan maklumat-maklumat dan panduan berkaitan bulan Syawal. Maklumatnya sangat baik diketengahkan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh umat Islam di Malaysia khususnya yang mencari kebenaran dalam beragama.
Antara kupasan persoalan yang mencuri perhatian saya adalah hukum puasa 6 Syawal sebelum qada Ramadhan. Dalam persoalan ini para ulama' berbeza pandangan:
1) Harus melaksanakan puasa sunat sebelum qada Ramadhan. Inilah pandangan jumhur ulama'. Dalam kalangan mereka pula ada yg mengatakan harus sahaja, ada pula yg mengatakan harus beserta makruh. Para ulama' dari mazhab Hanafi berpandangan harus berpuasa sunat sebelum Qada Ramadham kerana qada tidak wajib dilakukan segera, bahkan diberi keluasan. Ini juga salah satu riwayat dari Imam Ahmad.
Adapun ulama' mazhab Maliki dan Syafie berpandangan harus puasa sunat sebelum qada Ramadhan beserta dengan makruh. Hal ini kerana puasa sunat menyibukkan seseorang dari puasa Qada yg wajib.
2) Para ulama' mazhab Hambali pula berpandangan haram dan tidak sah puasa sunat 6 Syawal sebelum melangsaikan puasa Qada. Dalil mereka ialah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yg berpuasa sunat sedang dia memiliki qada Ramadan yg belum ditunaikannya, maka tidak diterima daripadanya (puasa sunat tersebut) sehinggalah dia berpuasa qada."
Namun hadis ini tidak sahih seperti yg dinyatakan oleh Ibn Abi Hatim. Didalam sanadnya ada Ibn Lahi'ah. Di samping itu terdapat riwayat kedua dari Imam Ahmad yg menyatakan puasa sunat sebelum qada adalah harus dan sah.
Kata al- Mardawi di dalam al-Insaf: " Dan ianya benar." Maka pandangan yg rajih adalah pandangan majoriti ulama'. Antara dalilnya ialah firman Allah SWT yg bermaksud:
"Maka sesiapa yg sakit atau bermusafir, maka gantikanlah pada hari-hari yg lain." (al-Baqarah:185) Didalam ayat ini Allah SWT tidak menetapkan qada tersebut mesti berturutan dengan Ramadan dan tidak juga mesti berturutan hari-harinya. Disamping itu 'Aisyah juga pernah berkata:
Maksudnya: "Dahulunya aku ada puasa qada Ramadan, aku tidak mampu menunaikannya melainkan dalam bulan Syaaban."
Hadis ini menunjukkan 'Aisyah RA melewatkan qada Ramadan sehingga ke bulan Syaaban. Mustahil beliau tidak menunaikan puasa sunat seperti 6hari Syawal, puasa Muharram dan seumpanya.
Maka tidak mengapa menunaikan puasa 6 Syawal, demikian juga puasa sunat yg lainnya sebelum melaksanakan qada Ramadan. Hal ini kerana qada Ramadan diberikan keluasan untuk menunaikannya selagi belum masuk Ramadan yg berikutnya. Manakala puasa 6 hanya ada di dalam bulan Syawal.
Walaupun persoalan ini tidaklah secara langsung untuk saya tetapi oleh kerana saya mempunyai adik perempuan serba sedikit persoalan ini menjawap dan menarik perhatian saya.
Pelbagai lagi persoalan-persoalan lain seperti beberapa kesalahan yang dilakukan dalam bulan Syawal, hadis-hadis dhoif tentang kelebihan bulan Syawal dan lain-lain lagi. Cukup panjang untuk dimuatkan semua sebagai review.
ConversionConversion EmoticonEmoticon