#136 Muslim'Show - Ramadan Oh Ramadan

Judul : Muslim'Show - Ramadan Oh Ramadan Halaman : 55 Penulis & Pelukis : Noredine Allam & Blondin Penerbit : PTS Pop Sdn Bhd

Sama seperti karya yang viral di media sosial Facebook, komik The Muslim Show ini membawakan lukisan santai dengat mesej mendalam. Ia menarik untuk renungan pelbagai bangsa, bahasa dan negara.
The Muslim Show diasaskan oleh trio pemuda perancis yang terdiri daripada Oredin Allam, Greg Blodin dan Karim.
Karya Muslim Show ini telah diterjemah secara aktif ke pelbagai bahasa lain seperti Arab, Jepun, Urdu, Bangladesh, Turki dan pelbagai lagi. Malaysia direkodkan sebagai pengunjung utama laman Facebook The Muslim Show.
Komik ini sangat santai tapi padat pengajaran dan tegurannya. Ia membawa pembaca Malaysia khususnya untuk merasai bagaimana rasanya cabaran berpuasa di negara Barat. Kisah-kisah lucu, sedih, senang dan susahnya mengamalkan cara hidup Islam di negara asing. Tapi walau di mana pun kita dan saudara kita berada, kisah dan cerita Ramadan kita tidak jauh bezanya.
Sekali baca ia satu medium dakwah yang bersahaja, dua kali baca ia pedas menyindir dan berkali-kali baca ia tetap sangat relevan sebagai muhasabah menghadapi bulan barokah ini. Ianya berkualiti dan menginsafkan pembacanya.
Semoga setiap isinya membawa banyak nilai tambahan untuk menjadi Muslim yang jauh lebih bertakwa. W'alam.
Petikan Bab "Malam Istimewa Itu" ..
Setiap orang ada cara tersendiri untuk menghadapi malam istimewa itu. Minum penambah tenaga. Menyiapkan kerja pada saat-saat akhir. Buat latihan fizikal supaya lebih cergas. Semuanya bersedia untuk melalui malam istimewa ini, hanya untuk beribadah di masjid. Hingga fajar tiba.. menjadi seorang yang paling bertahan. Yang paling berusaha ternyata menjadi yang paling lemah .... Rehat dulu...
Selamat mencari malam istimewa.
Previous
Next Post »