# 134 Ramadan Al-Mubarak Fadilat dan Hukum Hakamnya

Judul : Ramadan Al-Mubarak Fadilat dan Hukum Hakamnya Penulis : Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak Penerbit : Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil. m/s : 56

Buku kecil ini padat dengan fadhilat serta hukum hakam, sangat baik ianya menjadi bahan bacaan dan panduan kepada umat Islam sempena kehadiran bulan yang mulia ini.
Penjelasan yang sangat jelas dan apabila anda membacanya pasti terlintas difikiran anda bertapa luasnya dada Islam.
Sesuatu hukum yg dikeluarkan dibawa dalil dan juga hujah pandangan daripada beberapa mazhab yg terkemuka seperti Al-Imam Malik, Hanafi, Al-Syafie, Ahmad dan juga beberapa pandangan tokoh terkemuka seperti Al-Syeikh Muhammad Bukhait, mantan Mufti Mesir, Al-Syeikh Muhammad Al-'Uthaimin dan ramai lagi.
Walaubagaimanapun setelah dibentangkan pandangan beberapa ulama' dan tokoh kemudian kita dipandu memilih pandangan yg tarjih (pilihan pandangan yang lebih kuat).
Yang sangat menarik lagi ada sebahagian persoalan bukan sahaja dibawa padangan ulama' dan tokoh malah dibawa juga hujah ilmu kedoktoran terkini untuk menguatkan lagi hujahnya.
Buku ini saya dapatkannya secara percuma di Masjid Alwi Kangar Perlis, boleh dapatkan di pejabat Jabatan Mufti Negeri Perlis. Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis. Tel (04) 979 4428. Jika bertuah boleh juga dapatkan di masjid atau surau sekitar negeri Perlis sekiranya masih ada.
Previous
Next Post »