Tajuk: Aku _____, Maka Aku Ada!
Penulis: Dr Mohd Faisal Musa
Penerbit: Dubook Press
Muka Surat: 177
Buku Faisal Tehrani pertamaku. Benar kata orang, gaya penulisannya cukup menarik dan memikat. Dalam olahan isu, disertakan rangkaian fakta dengan ilmiah dan teliti tanpa menghilangkan perisa budaya dan sastera.
Juga benar bahawa Faisal Tehrani adalah antara figur yang tidak lekang dari kontroversi. Dikatakan dia syiah, liberal, kafir dan sesat. Malah bukunya tidak sedikit yang telah diharamkan. Namun begitu saya bukan sang hakim yang boleh menghukum siapa-siapa sesuka hati. Saya hanyalah sang pencinta kebenaran yang sedang cuba adil menilai secara cermat dan terbuka.
Bukunya kali ini, seperti biasa, tidak lari dari menyentuh isu-isu sensitif dan provokasi yang bakal mengaktifkan suis akal yang dibekal Tuhan. Ia banyak menyentuh isu-isu semasa yang berkait dengan Melayu, Islam dan Hak Asasi. Idea-ideanya dan kritikannya sangat unik dan diluar kotak. Memujuk diri untuk berfikir, berfikir dan berfikir dengan keras.
Saya tidak bentangkan idea-ideanya disini kerana menjaga sensitiviti sesetengah pihak dan juga supaya tiada suasana tegang yang menyusul di kemudian hari. Kalau mau tahu, mari mengeteh bersama saya atau silakan baca, nilai dan kaizen sendiri.
Favourite Quote of the Book:
"...yang beriman dengan tanya jauh lebih baik daripada yang beriman tanpa bertanya"
[Faisal Tehrani. 2015. 'Aku___, Maka Aku Ada!'. 38]
Sekian.
ConversionConversion EmoticonEmoticon