#143 Wenn Ich dich nicht hätte

Title: Wenn Ich dich nicht hätte Penulis: Hans Wilhelm Penerbit: Carlsen Pages: 28

Siri bacaan german saya. Kali ini dengan tajuk Wenn Ich dich Nicht hätte atau If i didn’t have you atau jika saya tidak punya kamu.
Kisah seorang kanak-kanak lelaki (namanya tidak disebut) yang punya ibu bapa yang bermasalah. Dia sering ditinggalkan keseorangan sehingga dirinya terasa sunyi dan tidak difahami. Namun begitu, dia punya nenek yang sangat memahami. Tempat dia meluangkan masa dan berkongsi masalah.
Pada suatu hari, neneknya pergi bercuti für eine lange Reise (untuk satu percutian yang lama). Akan tetapi sebelum si nenek berangkat pergi, si nenek menghadiahkan kanak-kanak tersebut sebuah Teddybär (teddy bear). Malangnya, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain dengan teddybear tersebut kerana merasakan umurnya tidak sesuai untuk bermain dengan seekor teddybear. Seringkali teddybearnya dirampas dan disimpan di tempat yang tinggi. Tetapi si kanak-kanak tersebut akan tetap mengambilnya semula bila ibu bapanya tiada berhampiran. Kerana Teddy bear itulah yang menjadi teman ketika kesunyian, ketakutan dan ketika tiada kawan. Segala masalahnya dikongsi dan diadu pada sang teddybear. Menjadikan perasaan kanak2 tersebut kembali tenang, gembira dan teralih daripada masalah.
Buku ini berakhir dengan kepulangan neneknya daripada percutian. Saat paling menggembirakan si kanak-kanak tersebut. Die Ende.
Moral of the story: Sometimes we just need someone or something to lend an ear to make us feel better and help us drive through our problems.
Sekian.
Previous
Next Post »