#142 The Other Side of the Coin

Tajuk: The Other Side of the Coin Penulis: Aiman Azlan, Ameen Misran Penerbit: Puteh Press Muka Surat: 311

Buku bernada motivasi. Ditulis oleh dua ikon dakwah muda yang semakin mendapat nama. Aiman Azlan dan Ameen Misran. Siapa-siapa yang rajin melayan youtube atau dekat dengan program LangitIlahi akan kenal dua figur muda ini Insyaallah.
Buku ini menghidangkan idea dan sudut pandang bro Aiman dan Ameen pada topik berkait dengan cinta, identiti, pendidikan, masyarakat dan harga diri. Semuanya ditulis dalam bahasa inggeris. Suatu langkah berani yang harus dipuji.
Pandangan peribadi, I expected more from this book actually. Mungkin kerana saya sudah lama dengan sistem usrah dan tarbiyyah, perspektif mereka tidaklah terasa baru. Sudah saya dengar dan sendiri gunakan dengan mad'u2 saya.
Pun begitu, bagi para remaja atau belia yang sedang atau hendak mula berjinak-jinak mendekati dan memahami Islam, buku ini mampu memotivasikan dan mengubah sudut pandang pada banyak perkara.
Apa-apapun, walau diri tidak banyak termotivasi dengan bacaan kali ini, ia tetap suatu tazkirah yang baik dan menyegarkan.
Quote favourite:
Kata Ustaz Hadi, "We need to systematically oganize a project for our death. We must forsee how our death will be. That is why we must thoroughly plan our final breath." *
Jom! cari masa untuk duduk, fikir dan rancang betul-betul kematian idaman kita. ________________ * A. Misran. 2014. 'The Other Side of The Coin'. ms 160.
Previous
Next Post »