#151 Teknik Terhebat Kuasai Pembawa Masalah

Judul : Teknik Terhebat Kuasai Pembawa Masalah Penulis : David Brown Penerbit : PTS Professional
Halaman : 120

Rasa-rasa kita selalu tak berjumpa dengan ORANG BERMASALAH dalam organisasi? Orang yang membuat kita rasa TERTEKAN atau tidak selesa. Ada kala menyulitkan individu, pasukan atau organisasi. Kewujudan mereka yang bermasalah ini BOLEH MENGHALANG daripada kita mencapai objektif ! Betul ke?
Boleh ke kita tetap berjaya walau bekerja dengan adanya orang bermasalah ? Pernah jumpa individu yang terlampau sempurna, ada pula yang suka mengongkong, ada yang terlampau negatif, ada juga yang tak berminat, ada yang selalu mendesak, ada yang garang, tak kurang juga yang penakut, ada pula yang hanya berserah. Kadang-kadang, KITA sendiri ada kalanya menjadi orang bermasalah apabila tidak boleh bertolak ansur dengan orang bermasalah.
Kalau rasa-rasa macam déjà vu, bolehlah cuba-cuba membelek buku ini. Sebuah buku nipis 120 halaman yang diberi judul “Teknik Terhebat Kuasai Pembawa Masalah”.
Ada 50 rahsia untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ia disusun dalam 7 bab utama buku terjemahan tulisan David Brown ini. Sedikit petua yang dibentangkan dalam Bab 3.6.
Apabila mengharapkan individu bermasalah itu berubah, antara 5 kunci yang membolehkan kita dipercayai oleh mereka : 01. Mereka perlu mengetahui kita bersama mereka 02. Mereka perlu merasakan kita memahami keadaan mereka 03. Menahan diri daripada membetulkan mereka 04. Mengenal pasti masalah mereka 05. Mendengar keluhan mereka
Pada suatu ketika, majikan saya sendiri pernah mengunapakai 5 anak kunci ini yang membuatkan saya terus terduduk, terkedu dan terus muhasabah diri sendiri. “Tak mengapa, KITA SAMA-SAMA BANTU dia untuk DAPAT ‘PERFORM’ dengan lebih baik tahun ini. Kita SAMA-SAMA ‘SUPPORT’!” Tanpa membesarkan kesalahan atau merendah-rendahkan orang lain. Kata-kata ini sekali gus merubah pendirian dan cara saya melayan individu yang bermasalah. Yang berubah bukan sahaja individu tersebut, tetapi diri saya sendiri pertamanya.
Pernah juga pada zaman dahulukala, saya kongsikan kesulitan saya untuk bekerjasama dengan rakan sekerja pada emak saya di kampung. Dan nasihat emak, “Cubalah selalu belanja kawan-kawan makan walaupun dia tak suka makan dengan kita.” Nasihat orang tua-tua, dan tak sangka keadaan berubah dengan sekelip mata. Dengan izin Allah S.W.T jua!
Apabila inginkan perhubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita, KITA PERLU BERLARI DI SEBELAH mereka demi mengejar cita-cita bersama. Biar kita sampai ke garisan penamat dan menang bersama-sama!
Antara teknik terhebat kuasai pembawa masalah adalah : +01. Beri peluang dan kepercayaan kepada pembawa masalah +02. Beri ganjaran apabila mereka melakukan perkara yang baik +03. Cuba berkawan dan memahami masalah mereka +04. Penuhi kemahuan mereka +05. Abaikan mereka sekiranya perlu
Ada banyak sebab yang membawa saya untuk membeli buku kecil ini. Banyak teknik praktikal yang boleh dipelajari dan diaplikasi. Bacalah, tak rugi untuk dimiliki. Lagi banyak baca, lagi banyak rasa perlu perbaiki diri sendiri.
Kata Henry Ford, “Jangan cari kesalahan, fokuskan kepada penyelesaian !
+ Teknik Terhebat Kuasai Pembawa Masalah + David Brown
Previous
Next Post »