#217 The Intellectuals Checklist



Buku ini dibahagikan kepada 6 bab iaitu Bab 1: Art and Architecture, Bab 2: Literature, Bab 3: Music, Bab 4: History and Philosophy, Bab 5: Politics dan Bab 6: Science, Technology dab Mathematics.  

Tajuk: The Intellectuals Checklist
Penulis: Richard J Wallace, James V Wallace
Penerbit: Adams Media
Muka Surat: 263

Segala isi, fakta dan maklumat di dalam 'The Intellectual Checklist' disusun dan dibentangkan di dalam bentuk senarai semak. Sememanganya yang terangkum dan tersenarai di dalam buku ini adalah ilmu-ilmu asas kepada ideologi, pemikiran, gerakan dan sumbangan yang telah berperanan mengubah nasib dan cara hidup manusia sepanjang zaman. 

Sekilas pandang, apa yang disenaraikan di dalam buku ini tiadalah ia berbeza daripada ilmu yang perlu dikuasai seorang Daie, seperti yang disenaraikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam karyanya, Tsaqafah al-Da'iyah. Berikut adalah apa yang disenaraikan Dr Yusuf Qaradhawi:

1. Tsaqafah Islamiyyah (agama)
2. Tsaqafah tarikhiah (sejarah).
3. Tsaqafah lughawiyah (sastera).
4. Tsaqafah Insaniah (kemanusiaan)
5. Tsaqafah ‘ilmiah (sains).
6. Tsaqafah waqieyyah (isu semasa dan realiti). 

Lebih kurang, bukan?


Perlu difahami bahawa buku ini bukanlah ia disusun untuk dibaca seperti buku-buku lain tetapi ia lebih berperanan sebagai kompas yang mengarah kepada apa yang perlu dibaca dan apa yang penting untuk diketahui oleh sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang Intelektual/Daie.
Previous
Next Post »