#229 Life without Limit



Soalan pertama bila melihat cover buku ini adalah "Who is Nick Vujicic (pronounced Voy-a-chich)?". Maybe some of us already know who this man without limbs, is. A born Australian, he and his parents are devout Christians. Walaupun mak Nick pernah menjadi seorang nurse, tapi saat dia dapat tahu anak sulungnya lahir tanpa kaki dan tangan, dia hanya seperti insan lain, sedih dan tak dapat terima kenyataan tu. But after some times, both his parents berpegang dengan keyakinan bahawa Tuhan ada a great plan for their son dan cuba sedaya upaya untuk raise him like other normal kids.

Tajuk: Life without Limit
Penulis: Nick Vojicic
Penerbit: WaterBrook Press
Muka Surat: 272

Dalam buku ini, bukan hanya theoretical tips yang dibentangkan malah ssangat banyak dibentangkan kisah-kisah insan yang kekurangan physically tetapi sangat lebih semangatnya untuk jadi lebih dari orang yang punya segalanya.

Contohnya adalah Bethany Hamilton, a world class surfer. Dia kehilangan tangan kirinya selepas diserang "tiger shark" pada tahun 2003 pada usia 13 tahun. Kisah pasal Bethany pon menarik. Okay, kasi trailer sikit. Lepas diserang, dia dibawa ke hospital yang jaraknya 45minit. Tapi masa tu semua bilik operations penuh. Sedangkan masa tu dia dah kehilangan 70% darah dari badannya. Tiba-tiba, ada seorang pesakit yang gave up his knee surgery untuk bagi laluan pada Bethany. (Cuba teka siapa pesakit tu?) But the main point about Bethany's story is, macam mana dia bounce back, terima apa yang jadi pada dia dan move on! Selepas sebulan peristiwa diserang tiger shark, dia tak putus asa dengan hobinya dan guess what, dia kembali surfing! 2 tahun kemudian dia menang title international, pergh, tanpa sebelah tangan tu.

This made me think. No wonder mereka menjadi orang hebat sekarang. Malah sebenarnya kalau keluar kejap dari skop buku ini, kita lihat tokoh atau susuk tubuh yang hebat kat luar sana, siapa antara mereka yang tak pernah susah, tak pernah diuji hebat-hebat? Kita kenal mereka ketika mereka sudah pun bersinar seperti berlian, bermakna mereka berjaya melepasi fasa-fasa mencabar yang perlukan seribu kekuatan untuk menghadapi tekanan yang membentuk "berlian" yang ada sekarang.

Tiba-tiba teringat kata-kata yang selalu seseorang cakap, kita tak boleh kawal apa berlaku pada kita tapi kita boleh kawal macam mana kita react to it. Ujian kecik atau ujian besar, semuanya datang sebab nak test macam mana reaction kita. Ada orang yang jadikan ujian itu untuk tingkatkan iman, ada orang dengan ujian yang sama menurunkan tahap keimanannya (nauzubillahi minzalik). Jadi kita yang mana?

Okay okay, back to the book review. Kisahnya, buku ni best. Macam-macam emosi. Bila baca tulisan Nick dalam buku ni seolah-olah saya sedang dengar dia bagi talk kat atas pentas. Santai dan sampai. Boleh termotivasi, boleh sedih, boleh gelak (serius, banyak jugak cerita lawak dalam ni), dan yang penting boleh muhasabah diri sendiri yang ada dua kaki dan dua tangan setakat ni.


So, nak baca tak buku ni lepas baca review kali ni?
Previous
Next Post »