#160 Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

Buku: Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden Penulis: Dr Ridhuan Mohd Noor Publisher: Jundi resources
Penulis mendedikasikan buku ini kepada seluruh pencinta-pencinta islam tanah air yang bermandi keringat bekerja keras dalam membentengi agama allah drpd musuh islam.
Buku ini menceritakan tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia islam. Kebangkitan islam adalah satu proses yang memberi impak kepada parti-parti dan dasar kerajaan yang memerintah. Gerakan islam secara langsung pihak yang mendapat keuntungan dengan fenomena kebangkitan ini apabila ramai orang islam mendokong perjuangan islam terutama golongan muda yang terdedah dengan maklumat dan ilmu berkaitan Islam. Kesedaran ini menyebabkan mereka mulai kritis terhadap dasar dan perjuangan parti pemerintah yg berpegang dengan ideologi yang asing dengan islam.
Buku ini menceritakan bagaimana fenomena kebangkitan ini memberi kesan kepada dunia, di mesir, iran, afghanistan dan sebagainya. Bagaimana perkembangan ikhwanul muslimin memberi kesan di mesir? PKS di indonesia, FIS di algeria, Jamiat islami di pakistan, HAMAS di palestin, PAS di malaysia, AKP di turki dan Parti Refah di turki?
Dan akhirnya, apakah dia faktor kemenangan kepada gerakan-gerakan ini dan tekanan-tekanan yg dihadapi. Kebangkitan ini bukanlah kebangkitan yg tercetus secara sendiri, tetapi kebangkitan yang saling berhubungkait antara satu sama lain.
Allahua'lam.
Previous
Next Post »