#163 Keluarga Muslim menurut Imam Hassan Al Banna

Tajuk : Keluarga muslim menurut imam hassan al banna Penulis: Roslan b Mohamed Penerbit : Hijjaz Recording Publishings

Buku ini mengulas serba sedikit apakah dia keluarga muslim? 
Bagaimana mbentuk keluarga muslim?
Diceritakan juga sejarah krhidupan sosok hebat bernama imam hassan al banna. Buku ini banyak menceritakan kembali rutin imam hassan al banna dlm pembentukan keluarga yang diambil daripada buku "cinta di rumah hassan al banna".
Imam Hassan Al-Banna – pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa untuk memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat lengkap mengenai anak-anaknya sejak daripada kelahiran mereka, maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk merangsang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.

Previous
Next Post »