#173 Risalah pemuda Muslim

Buku: Risalah pemuda Muslim Penulis: Dr maszlee malik Penerbit: Telaga ilmu

Buku yg dikarang oleh dr maszlee malik ini mencuba membawa pembaca menyelami cara pemikiran Beliau sebagai seorang islam yg versatil , berjiwa merdeka , bersikap progresif dan bermentaliti kritikal.
Dalam buku ini juga , penulis menggabungkan penulisan serius , santai perkongsian pengalaman dan juga nasihat² yg mendukung tema utamanya iaitu : 1.pemuda muslim yg progresif 2.pemuda sebagai ejen perubah 3. Pembetulan fikrah yg lebih kritis dan analitikal
Buku ini dimulakan dengan membawa para pembaca apa yg terkandung dlm pandangan sarwa islam. Pandangan sarwa islam ataupun worldview islam ini menceritakan bagaimana sepatutnya pemuda tu memandang islam itu sendiri dgn mengikut arus kemodenan , Contoh: Antara tema al-Quran utk dihayati oleh umat islam ialah prinsip islah ataupun prubahan ke arah kebaikan. Konsep ini brtepatan dgn konsep ubudiyah yg difahami melalui kerangka pandangan dunia tauhid. Konsep ini merupakan tuntutan kpd Muslim utk sentiasa berusaha memastikan kesinambungan pemahaman tauhid dlm kalangan pendukung agama kebenaran akan terus kekal .¹
Buku ini diteruskan dengan konsep tajdid dan Islam. Tajdid ialah suatu proses pembaikan yg mmbawa umat Islam kembali kepada keaslian Islam yg utuh. Maksudnya , tajdid ialah berkaitan dgn usaha mengembalikan sikap Dan pengamalan umat islam kpd ajaran Islam itu sendiri Dan bukannya menggantikan islam dgn ajaran yg baru kerana x sesuai dgn zaman( menguatkan atau menampung kembali apa yg telah hilang sampai wujud sepertimana wujud pada asalnya)
Setrusnya , peranan pemuda2 dan perubahn yg boleh dilakukan: " seorang muslim yg benar2 memahami perananya ialah seorang homo-islamicus "
Pd bahagian seterusnya , penulis mmbawa pembaca memahami erti sebenar ruang lingkup politik utk golongan pemuda Dan tanggungjawab sebenar yg boleh dijalankan oleh pemuda muslim dlm kancah politik
Selepas itu, penulis cuba utk membimbing pemuda muslim utk membntuk keperibadian Dan ketrampilan berbekalkan pengalaman beliau semasa di luar negara melalui penulisannya yg lebih santai dan lebih mudah utk difahami.
Saya akhiri review saya dgn kata2 yg diungkapkan oleh penulis , umat islam ialah umat yg mempunyai visi dan misi. Mereka menjadi umat terpilih bukan kerana bangsa , bukan kerana warna kulit , malah bukan semata-mata kerana mereka islam tp kerana memenuhi syaratnya iaitu melakukan kerja Dan tugas para nabi ,iaitu meneruskan penyebaran risalah ilahi Dan berjuang menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini. Waallahua'lam.
Previous
Next Post »