#159 Ke Mana Wang Anda?

Tajuk : Ke mana wang anda? Penulis : Hajah Rohani, Datuk Hj Mohd Shahir Penerbit : Galeri ilmu

Anda ingin:
Bebas daripada masalah kewangan pada masa hadapan?
Ingin mengetahui tentang risiko jika pndapatan meningkat? 
Matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara? 
Merancang kewangan keluarga? 
Mendidik anak jimat berbelanja? 
Melabur secara bijak?
Anda wajib mendapatkn buku ini. Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian.
Bahagian 1: Merancang kewangan
Lazimnya, dalam sebuah syarikat, banyak latihan ditawarkan kepada pekerja.
Contohnya seperti latihan 'softskills', latihan menangani stress dan pengurusan konflik. Namun tidak banyak syarikat menawarkan latihan dalam pengurusan kewangan yang merupakan salah satu faktor konflik dan stress kepada pekerja. 
Sewajarnya, masa yg sesuai dan terbaik dalam pengenalan pengurusan kewangan adalah sejak bangku sekolah lagi, atau mungkin di peringkat universiti. 
Mungkin persatuan-persatuan di kampus boleh memfokuskan dalam pengenalan pengurusan kewangan kepada mahasiswa.
Begitu juga ilmu pengurusan kewangan keluarga, suami sebagai pemberi belanja, dan isteri sebagai pengawal bajet.
Sebelum ni, pihak Persatuan Pengajian Islam (PPI) ada menganjurkan Seminar Paradigma Halal dan diselitkan tentang pengurusan kewangan. Cuma sayang ketika itu kurang mendapat sambutan dari mahasiswa. 

Bahagian 2: Menguruskan Perbelanjaan

Bagaimana nak 'survive' dalam keadaan ekonomi yang serba serbi mahal? Soalan ni boleh dijawab mlalui 1 wealth test untuk mengukur semewah manakah diri anda? 
Juga disyorkan untuk baca buku yg agak popular iaitu Rich Dad Poor Dad. Dan sekiranya dah hadam buku ni, boleh baca buku Rich Woman yg ditulis oleh isterinya.
Test itu diambil inspirasi dari buku diatas.
Ada juga disentuh tentang merancang keperluan kenduri kendara dalam bahagian kedua.
Selain membaca buku ni, untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang topik diatas bagi yang ingin mendirikan rumahtangga, disyorkan juga baca buku "rancang wang setelah jatuh cinta".
Ilmu yang bermanfaat insyaAllah.
Bahagian paling menarik adalah pelaburan untuk anak2. Sebagaimana kita tahu, anak2 adalah aset dan amanah yang perlu ibu bapa manfaatkan sebaik mungkin. 
Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan buku ini.
Previous
Next Post »