#167 Bertuahnya Wanita yang Bercinta

Buku: Bertuahnya wanita yang bercinta Penulis: Ummu anas Penerbit: Mustread

Apabila kita menyebut tentang cinta, sering tergambar cinta antara manusia, mungkin juga antara perempuan dan lelaki. Sudah cukup bertuahkah apabila bercinta dengan manusia?
Lalu di mana letaknya cinta untuk yang maha pencipta di hati kita?
Buku ini merungkai apakah dia definisi cinta yg sebenar khusus dlm kehidupan seorg wanita. Seandainya seorang wanita itu melorongkan cintanya ke jalan yg diredhai oleh agama, cinta akn berfungsi sebagai pelengkap hidup, bukannya pemusnah kebahagian masa depan.
Buku ini menceritakan serba sedikit apakah dan bagaimanakah wanita yg dicintai tuhannya? Wanita yang dicintai ibu bapanya? Dicintai oleh masyarakatnya, Dicintai oleh suaminya, Dicintai oleh anak-anaknya, Dan dicintai oleh kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.
Dalam buku ini banyak diceritakan daripada ibrah tentang Sumaiyah, Asiyah isteri firaun, tentang Ummu Salamah, tntg gadis penjual susu yang akhirnya dipinang oleh Umar Al Khattab untuk anak lelakinya kerana akhlaknya dan akhirnya melahirkan nasab yang cukup hebat yakni Abdul Aziz bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz.
Diceritakan juga tentang puteri Abu Yahya, Ummu Sulaim, Al-Khansa' (seorang model ibu pejuang), dan bagaimana kisah antara Abu Bakar dan anaknya sehingga Abu Bakar minta kepada anak lelakinya untuk menceraikan isterinya kerana kecintaan yang sehingga melalaikan mereka daripada beribadah, hanya kerana melewat-lewatkan solat.
Asalnya buku ini dibeli utk dihadiahkan kepada seseorang, namun disebabkan kekangan masa untuk berjumpa, diambil keputusan untuk dibaca dahulu. Ada hikmahnya mengapa terdetik untuk membaca buku ini, terjentik sedikit diri ini daripada ibrah kisah2 sahabat nabi. Dan selesai membaca buku ini, terlintas di benak fikiran, berapa banyak kisah sahabat yang boleh diambil ibrah hanya topik yang berkisarkan tentang hati ataupun cinta, apatah lagi tentang topik-topik lain. Seandainya pelbagai isu yang ada pada masa sekarang seperti isu tentang kepimpinan, sosial dan sebagainya dirujuk kembali kepada sirah2 sahabat, Al-Quran, As-Sunnah dan diambil ibrah daripadanya, alangkah baiknya.
Allahua'lam.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Noraini Eslah
AUTHOR
31 October 2015 at 08:37 delete

Admin yang dimuliakan,

Terima kasih di atas komen untuk buku 'Bertuahnya Wanita Yang Bercinta' ini. Semoga kandungannya bermanfaat dan Allah redhai. Aamiin. - penulis.

Reply
avatar
Noraini Eslah
AUTHOR
31 October 2015 at 08:57 delete

Admin,
Saya mohon izin untuk share ulasan ini di wall fb saya, untuk manfaat pembaca. Terima kasih.- penulis.

Reply
avatar