#165 Dahsyatnya Doa Ibu

Tajuk : Dahsyatnya Doa Ibu Penulis : Ustaz Syamsuddin Noor Penerbit : PTS Bilangan mukasurat : 209
Buku ini wajar dibaca oleh seorang anak, ianya ditulis secara ringkas namun padat dengan menceritakan pelbagai kisah-kisah benar, ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang boleh diambil iktibar tentang akibat daripada layanan baik atau buruk seorang anak terhadap ibu bapa.Sepertimana kisah dongeng Si Tanggang dan Malin Kundang yg ditimpa bala setelah mendurharkai ibunya dan didoakan ibunya.Pelbagai kisah lain yang mampu menunjukkan bukti kekuasaan dan keajaiban doa seorang ibu antaranya kisah yang diceritakan oleh Nabi iaitu tentang seorang ahli ibadah Yahudi pada zaman dahulu yang bernama Juraij. Juraij mendapat fitnah berzina dgn seorang pelacur sehingga melahirkan anak, hanya kerana akibat terlewat menyahut panggilan ibunya yang ketika itu, Kuraij tidak menjawab kerana sedang bersolat.Juraij mengetahui itu balasan Allah kerana dia terdengar ibunya mendoakannya tempoh hari ketika tidak menyahut panggilannya itu.Walaubagaimanapun, dengan izin Allah apabila bayi itu telah lahir dia mampu berbicara dan mengatakan bapanya ialah seorang pengembala lembu bukanlah Juraij.Ada juga kisah ajaib seorang lelaki ketika zaman Nabi Sulaiman yang diberikan tempat istimewa di dalam sebuah kubah di dalam dasar laut. Segala makan dan minumnya dihantarkan oleh seekor burung yang diutuskan Allah dan sepanjang hidup 1500 tahun di situ tugasnya hanya beribadah sahaja dengan aman. Dia mendapat layanan istimewa sebegitu kerana menjaga ibu dan bapanya selama 7 tahun dan ketika ibunya hendak meninggal dunia dia mendoakan anaknya doa yang istimewa itu.
Banyak lagi kisah-kisah benar yang lain seperti Doa Ummu Rumman, isteri kepada Abu Bakar As Siddiq terhadap anaknya Aisyah yang ketika itu tertimpa fitnah dan dikabulkan Allah di mana diturunkan ayat Al-Quran yang membidas fitnah tersebut dan sebagainya.
Buku ini turut menjelaskan kewajipan berbakti kepada orang tua serta apakah bakti yang boleh dilakukan ketika ketiadaan ibu kita seperti dan juga beberapa tips untuk menjadi ibu yg berteladan di chapter akhirnya.
Antara isi penting yang cuba dihighlight penulis kepada seorang ibu ialah perlu berhati-hati ketika berdoa. Sebaiknya-baiknya, menahan diri & memohon kesabaran supaya tetap mendoakan kebaikan anaknya walaupun wujud konfliks yang besar antara ibu dan anak.
Digariskan pula sebagai seorang anak, kita harus berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan orang tuanya serta perlu bertaubat kepada Allah dan segera memohon maaf kepada orang tua kita jika kita melakukan kesalahan kepada mereka, kerana mustahil jika tidak pernah melakukan kesalahan kepada orang tua kita.
Sama-sama kita ambil iktibar. Wallahualam.
Previous
Next Post »