Umat islam pada zaman ini selalu mengalami kemunduran dalam banyak perkara. Buku ini ditulis sebagai satu usaha untuk mengembalikan spirit umat islam yang pernah memimpin peradaban dunia selama lebih 300 tahun melalui budaya membaca. Antara punca kelesuan budaya ilmu pada hari ini adalah kegagalan menyingkap kitab Al-Quran dengan benar. Rata-rata membaca hanya dengan motif ta'abbudiy semata-mata, sekadar amalan ritual mencari pahala. Masyarakat terbudaya dengan pembacaan pasif, tanpa kesedaran tadabbur, merenung dan menangkap mesejnya dengan sikap responsif. Kegagalan melakukan pembacaan yang produktif telah mengakibatkan kebekuan intelektual dan ketandusan spiritual. Penulis mengkritik sistem pendidikan hari ini yang gagal membina semangat cintakan ilmu. Sistem pendidikan hari ini hanya berjaya melahirkan generasi berprestasi akademik bukan generasi pencinta ilmu. Persaingan mencapai kecemerlangan prestasi bukan indikator cinta terhadap ilmu, tetapi lebih berupa persaingan merebut peluang yang lebih baik di pasaran kerja. "Excellence Without a Soul" yang ditulis oleh Harry R. Lewis menceritakan tentang Harvard University yang sedang ditimpa malapetaka intelektual akibat obsesinya dengan kecemerlangan akademik tetapi telah kehilangan roh dan hakikat pendidikan. Penulis mengandaikan bahawa pendidikan islam juga seolah semakin jauh terseret ke jurang yang sama. Amir Al-Madari melontarkan beberapa persoalan yang patut dijawab setiap dari kita dan sebagai refleks kepada diri sendiri. Antaranya Mengapa harus membaca? Buku apa yang akan saya baca? Beliau turut menyediakan beberapa cadangan keutamaan dalam menentukan bacaan. Buku ini turut disertakan cara menumbuhkan minat membaca dan beberapa metod menjadikan anak gemar membaca. Potret Salaf di bahagian akhir menceritakan tentang kehidupan mereka yang menjadikan buku sebagai teman sepanjang hidup yang kini susah untuk kita temui. Jika rasa mengantuk, dengan serta merta mereka mengambil buku dan menelaahnya sehingga jiwanya gementar kerana nasihatnya dan hatinya bergoncang kerana hikmah yang menggugahnya sedangkan hari ini sesetengah dari kita membaca untuk mengundang rasa mengantuk. Andainya umat ini (baca: kita) ingin mengulangi kegemilangan sejarah masa lalu, semangat iqra' harus disegarkan dan perlu bersama merebut kurnia ilmu demi pengabadian terhadap yang Maha Pencipta. Ilmu dalam konteks semangat iqra' memang selamanya berorientasi tauhidik, bertolak dari motivasi imani dan bergerak mencapai objektif mengenal, mengagumi dan mengabdikan diri pada Ilahi. "Bacalah dengan (menyebut) nama Rabb-mu Yang menciptakan." (Al-Alaq:1)
#84 Spiritual reading
Tajuk: Spiritual reading
Penulis: Dr Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madari
Penerbit: Alam Raya Enterprise
Mukasurat: 183

ConversionConversion EmoticonEmoticon