#93 Dari kegelapan menuju cahaya

Tajuk : Dari kegelapan menuju cahaya penerbit : pustaka thariqul izzah penulis : salim fredericks & ahmar feroze muka surat : 146
Zaman sekarang kita boleh dikatakan kita berada di era zaman jahiliyah 2.0. Tidak ada bezanya zaman kita ini dengan di zaman ketika Nabi melakukan dakwahnya. Dahulu,zaman di mana bayi perempuan ditanam hidup-hidup dan sekarang bukan sekadar bayi perempuan sahaja bahkan bayi lelaki jua. Bukan sekadar ditanam, bahkan dicampak dari bangunan tinggi,dibuang di dalam tong sampah dan di sumbat di dalam mangkuk tandas. Dulu, riba berleluasa di pasar-pasar dan sekarang riba merupakan satu asas dalam ekonomi. Apa sahaja kemaksiatan yang berlaku pada dahulu telah berlaku pada zaman kita sekarang bahkan lebih parah lagi. Maka penulis buku ini begitu terpanggil untuk menceritakan tentang bagaimana perubahan yang dilakukan oleh Rasulullah saw di dalam mengubah suatu kaum yang dulunya berada dalam kegelapan boleh berubah kepada satu kaum yang begitu mulia dan gah sehinggakan terukir di pena-pena para sejarahwan. Ramai yang ingin melakukan perubahan tetapi terikut- ikut dengan situasi yang sedia ada. Ramai yang inginkan perubahan tetapi tindak tanduknya begitu berbeza dengan apa yang Nabi bawa. Maka di sinilah buku ini memainkan peranan tentang menceritakan kisah perjuangan Rasulullah dari sudut baginda sebagai Rasul dan juga sebagai ketua negara. Buku ini agak berbeza dengan buku- buku sirah yang lain kerna ia lebih memandang dari sudut politik yang dibawa baginda. Buku yang berisi kronologi usaha Rasulullah dan para sahabat yang bermula dari zero sehinggalah melahirkan satu peradaban yang begitu besar dan bertahan selama 1300 tahun. Selain itu,buku ini juga dipadatkan oleh analisis terhadap sirah Rasulullah dari segi politik untuk menjadi pelajaran buat kita semua. Buku ini juga dapat menyakinkan pembaca bahwa Rasulullah sebaik-baik teladan yang wajib bagi kita untuk contohi. Seandainya Rasulullah pernah dihadapkan akan satu zaman yang begitu gelap dan baginda telah melakukan sekian-sekian cara untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan itu dan terbukti keberhasilannya,maka mengapa kita tidak melakukan sebagaimana yang Rasulullah lakukan. Apa yang Rasulullah lakukan? Sila baca buku ini ;D
Previous
Next Post »