Buku ini, bahasnya tidak dalam, hanya ringkas membentangkan asas tatacara adab bicara yang digariskan agama Islam. Ia menyentuh soal adab pergaulan, adab pertuturan, adab penulisan, adab perdebatan dan implikasi negatif mengabaikannya. Tatacaranya dibentangkan dengan disiplin ilmu yang baik kerana semuanya bertunjangkan dalil-dalil Quran dan hadis Rasulullah saw. Satu kaedah yang boleh saya kongsikan dalam review kali ini adalah tentang ayat ke-43 dan 44 Surah Taha. Mafhumnya: "Pergilah kamu berdua (Musa as. dan Harun as.) kepada firaun kerana dia telah melewati batas kekufurannya. Maka kamu berdua bercakaplah padanya dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan dia akan ingat dan takut akan Allah swt." Di sini penulis menyatakan bahawa walaupun Firaun memang ternyata kekufurannya dan jelas tergelincir daripada landasan kebenaran, namun masih lagi Allah tekankan adab bagi Nabi Musa dan Nabi Harun ketika mendepaninya. Andai sejahat-jahat watak di dalam Quran disuruh menegurnya dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama insan-insan di sekeliling kita yang jahatnya tidaklah dapat menandingi jahatnya Firaun. Begitulah salah satu pendekatan daripada kebanyakkan pendekatan yang diwahyukan kepada kita. Pendekatan yang bermatlamatkan untuk mewujudkan dan menserasikan keharmonian sesama insan dan bersama Tuhan. Maka bertuturlah dengan sopan. Berkaryalah dengan benar. Berdebatlah dengan adil. Kerana tatagaul adalah gambaran kualiti akhlak dan persaudaraan. Tunjang kepada perpaduan dan kekuatan kita semua.
#94 Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-caranya.
Tajuk: Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-caranya.
Penulis: Panel Penulis JAKIM
Penerbit: JAKIM

ConversionConversion EmoticonEmoticon