Penerbit : Wise word Publishing M/s : 173
Buku Life is an open secret ini berkisarkan tentang kisah-kisah yang dialami oleh penulis. Pernahkan kita melalui satu peristiwa dan peristiwa itu menyebabkan kita muhasabah dan reflex diri kita? Buku ini mengandungi 19 kisah-kisah yang penulis lalui dan beliau tulisnya dalam buku. Buku ini membuatkan saya berhenti dan berfikir. Buku yang membuat kita rasa seperti watak utama kerana kebanyakan kisah-kisah yang diceritakan adalah sangat biasa dalam kehidupan kita. Namun penulis mengaitkan kisah-kisah tersebut dengan analogy-analogi yang sangat menarik. Tambahan pula setiap kisah-kisah tersebut dilengkapi pula dengan dalil-dalil yang sangat tepat untuk setiap kisah-kisah yang sememangnya membuatkan kita berfikir dan muhasabah hidup-hidup kita sebelum ini. Antara kisah yang diceritakan dalam buku ini adalah, “Make Patience You Policy”. Ini adalah salah satu kisah dalam buku ini. Kisah ini berkisarkan tentang penulis yang sudah lama menunggu lif dan apabila lif tersebut buka, dia memberikan ruang untuk penumpang-penumpang dalam lif keluar dahulu, selepas semua penumpang keluar, dia ditolak oleh penumpang-penumpang yang beratur di belakang beliau dan menyebabkan dia tidak dapat menaiki trip lif tersebut walaupun dia orang ang pertama menunggu lif tersebut. Disebabkan hal itu penulis berasa marah dan kemudian dia sedar atas ketidaksabaran beliau dan berasa kesal. Jika peristiwa yang menunggu lif tersebut sahaja sudah membuatkan dia tidak sabar? Bagaimana pula jika dia dikelilingi oleh berjuta-juta orang ketika menunaikan haji nnti? Hanya kejadian selama 5 saat sahaja sudah mempu membuatkan kita marah bagaimana pula semasa haji selama sebulan nanti? Dalil : (3:134) (39:10). Penulis mengaitkan kisah ini dengan satu analogy. Seorang budak kecil sedang bermain di ladang ayam keluarganya. Tiba-tiba dia ternampak sebiji telur ayam. Ketika dia hendak memegang telur ayam tersebut, Ibunya datang sambil bertanya apa yang sedang anaknya buat. Anaknya menjawab dia sedang bermain dengan telur ayam. Ibunya juga menerangkan bahawa suatu hari nanti ada anak ayam yang akan menetas dari telur tersebut. Budak tersebut berasa gembira dan tiap-tiap hari dia hari memeriksa telur ayam tersebut. Tibalah hari ketiga dia datang untuk memeriksa telur tersebut dan masih tiada ayam yang menetas. Dia memutuskan untuk memecahkan telur tersebut untuk mengeluarkan anak ayam tersebut. Ketika di hendak pecahkan telur ayam tersebut, ibunya menghalang dia dan berkata, kita akan dapat anak ayam tersebut bila telur ayam tersebut sudah bersedia, bukannya dengan pecahkan telur tersebut. Kita boleh bertanya kepada diri kita, adakah ada masa kita mahukan ayam, tapi kita pecahkan telur ayam? Adakah kita ada kesabaran yang mencukupi untuk menunggu ayam menetas? Atau adakah kita terus memecahkan telur kita untuk dapatkan ayam? Dah berapa banyak telur ayam yang kita telah pecahkan selama ini? Atau bagaimana cara kita menetaskan ayam tersebut? Di mana kita buang telur kita? Adakah ada orang yang tercedera ketika kita memecahkan telur kita? Di atas merupakan ringkasan satu kisah dalam buku ini. Ada lagi 18 kisah-kisah yang sangat menarik dan sememangnya mempu membuat kita muhasabah diri dan melinangkan air mata ketika membaca kisah-kisah dari buku ini.
ConversionConversion EmoticonEmoticon