Fokus kita terkadang hanya tertumpu kepada pencemaran alam yang merosakkan bumi dan manusia sehingga terkadang kita terlupa dan terlepas pandang akan suatu pencemaran yang jauh lebih kritikal dan bahaya. Pencemaran yang natijahnya dirasai bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Maka kali ini, saya bawakan satu buku yang sangat baik, membincangkan perkara ini. Pertamanya buku ini cuba membawa kita kepada menjiwai hakikat dan sikap sebenar ahli Sunnah wal Jamaah iaitu bahawa mereka (baca: kita) adalah ahl al-Insaf wa al-'Adl (golongan yang bersifat adil). Sikap yang membuatkan kita tidak taksub, setia dengan kebenaran dan sentiasa teliti dan berhati-hati terhadap fakta-fakta agama. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama menyentuh soal amanah ilmu iaitu kewajipan memastikan kesahihan maklumat serta langkah2 penapisan maklumat[1]. Bahagian kedua mengajak supaya sumber2 agama diteliti. Di mana bahagian ini membentangkan fakta2 dan kisah2 palsu dan tipu yang selalu disampaikan melalui penceramah agama, kitab-kitab kesufian, riwayat israeliyat, kitab2 sirah dan kitab2 syiah. Bahagian terakhir pula cuba membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada tokoh2 islam khususnya para sahabah (Thalabah bin Hatib) , para pemimpin islam (Harun arRasyid, Yazid bin Muawiyah, Tariq bin Ziyad) dan para ulama (Ibnu Taimiyyah, imam abu Yusuf, Hassan As Syaibani). Sesungguhnya sejarah membuktikan bahawa agama ini sentiasa dicemari oleh manusia2 yang tidak jujur dan menurut hawa nafsu. Ironinya, umat islam hari ini masih terdedah kepada pencemaran tersebut malah penyebarannya dibantu dengan kehadiran makhluk baru bernama internet. Oleh itu, saya menyeru sangat2, agar kita memastikan pegangan agama kita berpijak di atas fakta yang sebenar dan terpelihara ketulenannya supaya kita bebas dari perpecahan dan tidak membawa gambaran yang salah terhadap Islam. Nota hujung: [1] Langkah penapisan maklumat a. Kenal pasti pembawa berita: - golongan fasik - musuh dakwah - golongan taksub - golongan hasad b. Mengkaji isi kandungan kisah - langkah ini dipanggil Naqd Al-Mutun (mengkritik teks) dalam ilmu hadis. Langkahnya dengan membandingkan teks dengan al-quran, sunnah atau sejarah.
#83 Menangkis Pencemaran terhadap Agama & Tokoh-tokohnya
Tajuk: Menangkis Pencemaran terhadap Agama & Tokoh-tokohnya
Penulis: DrMaza
Penerbit: Karya Bestari
Muka Surat: 143

1 comments:
Write commentsSalam d mana sy blh dptkan buku ni? Tq
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon