Judul: Pudarnya Pesona Cleopatra
Penulis: Habiburrahman El ShirazyPenerbit: Al Hidayah Publishers
Jumlah halaman: 125
Buku ini adalah novel psikologi Islam yang sesuai untuk pembangun jiwa. Ia ditulis di Cairo pada tahun 2002 oleh penulis novel best seller “Ayat-Ayat Cinta” khusus buat mereka yang menganggap kecantikan adalah segalanya.
Mini novel ini sangat tipis, hanya 125 halaman dan boleh dihabiskan dalam masa sekejab bagi pencinta novel. Pudarnya Pesona Cleopatra menceritakan tentang seorang pemuda lulusan Mesir yang obses dengan kecantikan wanita Mesir, namun sayangnya, ibunya telah menjodohkannya dengan Raihana (anak dari sahabat karib ibunya di Indonesia). Yang katanya telah dijodohkan sedari mereka di dalam kandungan.
Karena tidak ingin menyakiti hati ibunya, pemuda ini menyetujui hal itu hingga akhirnya mereka mendirikan rumahtangga. Kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti kehidupan rumah tangga biasanya. Hanya ada cinta di sebelah pihak, iaitu cinta dari Raihana.
Sedangkan pemuda tersebut sama sekali tidak memiliki perasaan terhadap Raihana. Padahal Raihana memiliki wajah keanak-anakan (baby face), solehah, lulusan terbaik di kampusnya dan penghafaz Al Quran.
Dua bulan perkahwinan dirasakan begitu hambar. Empat bulan perkahwinan dirakan begitu muak. Hidupnya hanya dibayangi wajah-wajah wanita Mesir yang rupawan. Akhirnya pemuda tersebut banyak mendiamkan diri dan membuat acuh-tidak-acuh terhadap Raihana. Tetapi Raihana memiliki sifat wanita Jawa sejati yang sangat sabar menabur bakti meskipun dengan sikap dingin suaminya.
Seiring dengan kehidupan rumah tangga mereka yang hambar, akhirnya Raihana hamil. Tetapi, hal tersebut tidak merubah sikap si suami yang dingin. Ketika usia kandungan Raihana memasuki 6 bulan, Raihana meminta izin untuk tinggal dengan kedua orang tuanya atas faktor kesihatan. Rumah mertuanya jauh drp tempat pemuda tersebut mengajar. Perpisahan tersebut membuatkan pemuda tersebut merasa selasa dan semakin melupakan Raihana.
Masa berlalu dan pemuda tersebut menerima tugasan daripada pihak university untuk menghadiri kursus selama 10 hari. Di sana pemuda tersebut berjumpa dengan Pak Qalyubi yang menceritakan kisah pahit hidupnya setelah mengahwini wanita Mesir. Terkesan dengan kisah tersebut, lantas pemuda tersebut terus teringatkan Raihana.
Pulang daripada kursus dia singgah membeli jubah dan pakaian bayi untuk diberikan kepada Raihana. Dia tidak terus ke rumah mertuanya tetapi singgah di rumah sewa mereka untuk mengambil kad ATM yang dipesan Raihana yang diletakkan di bawah bantal. Di situlah pemuda tersebut terjumpa dengan kertas-kertas coretan batin Raihana yang dizaliminya. Yang membuatkan dirinya benar-benar rasa tersentap dan insaf apabila Raihana tidak putus-putus memanjatkan doa rabitah dan doa-doa yang baik untuk kebaikan suaminya. Barulah dia sedar besarnya pengorbanan isterinya. Barulah terasa benar-benar rindu dan kasih pada isterinya.
Sesampainya di rumah mertua, ibu mertuanya terus memeluknya dan menangis tersedu-sedu. Dunia tiba-tiba gelap semua. Rupanya Raihana telah kembali ke Rahmatullah seminggu yang lalu kerana terjatuh di bilik mandi. Dan bayinya juga tidak dapat diselamatkan. Mertuanya juga tidak memaklumkan kerana Raihana berpesan jangan mengganggu ketenangannya semasa berkursus.
Saat rindu dan penyesalan itu datang, Raihana sudah tiada di sisi.
Benar bagai ditulis Kahiji Gibran, “Cinta tidak menyedari kedalamannya, sampai ada saat perpisahan”
Ada banyak pelajaran yang saya kutip dari buku ini, di antaranya:
#1. Janganlah mencintai seseorang dari paras rupa semata-mata
#2. Syukurilah apa yang kita miliki
Kesimpulanya, novel mini ini sangat ringan, penuh hikmah dan menyentuh perasaan. Jadi ia sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan usia. Bagi mereka yang masih menombor-satukan pandangan pada paras rupa, saya rasa novel mini ini wajib untuk dibaca. Ia bukan novel cinta semata tapi novel ini memikat saya dengan sentuhan-sentuhan pendidikan nasihatnya. Dan satu hal yang paling pasti, tidak hanya orang yang beragama Islam sesuai membaca novel ini. Kerna ia mempunyai pengajaran yang besar untuk semua yang membaca dari helaian pertama ke helaian terakhir.
Temuilah Raihana dalam novel ini
ConversionConversion EmoticonEmoticon