#82 Buku : Amalan Kecil Berpahala Besar

Buku : Amalan Kecil Berpahala Besar
Penerbit : PTS Islamika
Penulis :Fahrur Mu’is
Halaman: 76



Buku ini ditulis oleh Fahrur Mu’is, seorang editor di syarikat penerbitan Aqwam, Indonesia yang juga menulis karya Bahagia Ketika Sakit, Nama Terindah Untuk Anakku, Agar Solat Tidak Sia-sia dan Sedekah Tanpa Wang.


Buku mini 76 halaman ini mengandungi 9 bab yang mengolah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan untuk dilakukan dalam kehidupan seharian serta menjanjikan pahala yang besar. Malah ada pula amalan yang menjadi pembuka pintu Syurga.


Antara yang menarik dalam Bab 3 : Amalan Kecil Berpahala Besar Dalam Sedekah ialah BERSEDEKAH SEBOTOL AIR. Hadith Nabi SAW ada menerangkan “Mengosongkan air daripada bekas kamu kerana dituangkan ke dalam bekas saudaramu adalah sedekah untukmu. Hadith ini direkodkan oleh Imam At Tirmidzi. Bukan itu sahaja, menyedekahkan air menyebabkan seseorang di masukkan ke dalam syurga seperti mana kisah seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing kehausan. Hadith itu mengajar kita supaya peka dengan keperluan orang di sekeliling kita.


BERSEDEKAH TALI SELIPAR juga antara amalan kecil yang menarik dikongsikan dalam buku ini. Ia menceritakan kisah ketika Nabi SAW berjalan di padang pasir yang panas yang tiba-tiba selipar nabi telah pun terputus. Lalu datanglah seseorang membawa dan memasangkan tali selipar pada selipar baginda. Rasulullah SAW mengatakan, “Sekiranya orang lain mengetahui pahala perbuatan yang kamu lakukan kepada Rasulullah, pasti dia tidak melecehkan apa yang kamu berikan kepada Rasulullah”. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Cerita ini mengajar kita untuk menolong sesama manusia mengikut keperluan.


Antara perbuatan-perbuatan mudah dan selalu kita amalkan tapi yang tidak kita sedari tetapi dijanjikan pahala besar seperti membaca surah Al Ikhlas, membaca tasbih, membaca doa selepas makan-minum, membaca doa kafaratul majlis, mendoakan sesama muslim, mendoakan orang bersin, berterima kasih pada orang lain, berjabat tangan, memulakan dan menjawab salam serta memberikan layanan baik kepada orang lain.


Untuk mengetahui lebih lanjut, eloklah dapatkan buku mini ini daripada PTS dengan harga mampu milik RM5 sahaja.

Selamat membaca.
Previous
Next Post »