#74 Syariah di hati king roger II

Tajuk: Syariah di hati king roger II Penulis: Hasanuddin Yusof Pengarang: Al-hijrah production Bilangan m/s: 186


Syariah di hati King Roger II. Buku yang memberi gambaran tentang bertapa hebat dan agungnya sistem pemerintahan Islam dan di saat Islam itu diterapkan secara kaffah,bukannya sebahagian-sebahagian. Buku yang mengisahkan tentang pemerintahan di sebuah pulau di selatan Italy iaitu Sicily. Sicily merupakan sebuah pulau yang sentiasa bertukar pemerintahan dan pada tahin 827, tentera Islam berjaya menguasai pulau tersebut. Pemerintahan islam dan segala hukum hakam diterapkan di pulau tersebut. Sicily dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang bercirikan seni bina Islam seperti masjid permaisuri asa dan gereja st john of the hermits.Namun setelah 190 tahun ditadbir, Sicily jatuh ke tangan orang gasar iaitu kaum Norman. Pemerintah pertama yang diangkat dari kaum norman adalah Roger I. Kerana kagumnya Roger I akan tamadun Islam di Sicily, beliau mula mengamalkan sikap toleransi terhadap kaum muslim. Kemudian,setelah beliau meninggal jawatannya digantikan oleh King Roger II. King Roger II merupakan raja yang membesar di dalam kelompok kaum muslim bahkan sangat tertarik dengan syariat-syariat Islam. Bahkan beliau memilih untuk menggunakan gelaran 'sultan rujari al mu'tazz billah'. King Roger II merupakan satu-satunya raja yang memulaukan perang salib walaupun ketika itu Pope Urban meminta semua raja-raja kristian di Eropah untuk bergabung tenaga kerana baginya ia tidak memusuhi daulah islam. Bahkan yang menariknya,King Roger II ini telah melaksanakan undang-undang Islam di Silicy yang sedikit sebanyak memberi impak kepada undang-undang di England. Untuk lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh King Roger II dan apa yang berlaku di England, disarankan membaca buku ini
Previous
Next Post »