Buku yan berkulitkan gambar seekor kucing yang mempunyai dua tona warna dan bermata merah ini mengisarkan tentang kehidupan seorang lelaki bernama mikhael yang mencari rumah sewa baru selepas kematian teman serumahnya yang lama iaitu amran, Selepas berpindah ke rumah baru, mikhael mengalami perlbagai perkara misteri seperti mendengar bisikan dan juga kecenderungan paranormal yang ditimbulkan oleh rakan serumahnya yang baru iaitu nazzman yang digelar chipsmore oleh rakan baik mikhael, julia dan shah.
Dalam novel ini diketengahkan hubungan terlarang seperti lesbian,gay,pondan dan juga watak gigolo. Juga diketengahkan unsur psikosis dan split personality yang dihadapi oleh mikhael tanpa kesedaranya sendiri. Penulis juga cuba membuat kita tertanya tanya siapakah watak watak dalam cerita ini dan sejarahnya dalam kehidupan mikhael, seperti ketika siapa miki? Dan watak mana yang realiti dan yang mana ilusi. Juga penulis mahu membuat kita tertanya, baggaimana cara mikhael mengubah wataknya menjadi dirinya yang satu lagi kerana dalam satu bahagian, sepertinya dia mempunyai dua watak dan dua jasad pegun, iaitu ketika dy beranggapan bhawa oran lain yang menculik julia dan memukul julia dan dirinya, sedangkan ianya dilakukan dia sendiri, bagaimana kaki pukul menjadi manggsa pukul?
Bagi saya, munggkin kesudahanya agak tergantung dan meninggalkan kita sedikit dalam tempo tertanya tanya, tapi masih sebuah buku yang menarik untuk dibaca kerana kurangnya penggunaan bahasa pasar. Ada juga penggunaan klausa klausa yang menarik dan nilai yang cuba disampaikan munggkin pada saya ialah kehidupan pesakit mental yang psiko dari pandangan dia sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon