Tajuk: Biografi Tokoh Imam Mazhab
Penulis: Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi
Penerbit:Azmar Prima Enterprise
M/s: 186
Buku ini merupakan siri himpunan biografi tokoh sarjana Islam yang terkenal yang disusun oleh penulis sebagai tanda menghormati dan memuliakan tokoh-tokoh sarjana Islam di samping memberikan pendedahan kepada masyrakat tentang sumbangan dan jasa bakti yang telah dilakukan oleh mereka.
Buku ini merupakan buku yang sangat menarik dan amat teratur cara penyampaiannya. Bahkan yang membuatkan buku ini lebih menarik dan amat disarankan untuk dibaca adalah penulis tidak terus menerangkan atau menceritakan tentang biografi tokoh- tokoh imam mazhab ini.
Sebaliknya penulis memberi pendedahan kepada para pembaca tentang kenapa berlakunya pelbagai mazhab. Antaranya adalah:
a) tidak sampai hadis yang khusus kepada imam tersebut
b) berlainan kefahaman dalam memahami sesuatu nas
c)kaedah pengambilan hukum
Kemudiannya,penulis juga memberikan input-input tentang istilah- istilah yang perlu bagi masyarakat awam fahami berserta contohnya seperti:
a) mujtahid mustaqil
>mujtahid yang mampu berijtihad secara berdikari. Cthnya: imam 4 mazhab,imam al auza'ie imam daud az zahiri,imam jarir at tabari
b) mujtahid muntasib/mazhab >mujtahid yang mampu berijtihad tetapi ijtihad mereka tidak bebas dan masih terikat dgn kaedah atau usul yang diasaskan oleh guru mereka. Cth: Imam Abu Yusuf, Ar Rabi' bin Sulaiman Al Muradi, al Qadhi' Abu Ya'la
Penulis juga bahkan mengetengahkan istilah-istilah seperti:
a) muqalid- orang yang ikut sesuatu ijtihad/ pandangan tanpa mengetahui dalil/hujah
b)muttabi- orang yang ikut sesuatu pandangan tetapi akan hujah dan dalil yang digunakan
c) talfiq- mengikuti pelbagai mazhab tetapi bersyarat
d) tarjih- membuat penilaian/ pemilihan thadap dalil-dalil
Setelah diterangkan pelbagai istilah dan sumber rujukan di dalam islam, barulah penulis mula menceritakan kepada pembaca tentang kisah atau riwayat hidup imam 4 mazhab ini
Di sini saya tidaklah ingin menceritakan satu per satu kisah imam mazhab ini secara terperinci tetapi ada beberapa kisah bagi saya wajar bagi kita mengambil ibrah untuk memperbaiki diri
1)Kisah imam Abu Hanifah iaitu satu2 nya imam mazhab yg2 non Arab. Berguru dengan hampir 200 orang.Yang menariknya imam Abu Hanifah adalah orang yang sangat takut untuk memegang amanah di dalam bidang pemerintahan.Beliau telah bberapa kali dipukul dan di penjarakan bahkan beliau wafat di dalam penjara kerana diracun. Sungguh amanah itu merupakan beban kita diakhirat.Maka berhati2lah ketika memegang sesuatu amanah.
2)Imam Malik
Pernah menjadi guru kepada imam Abu Hanifah. Juga pernah dipukul dan dipenjara kerana enggan keluarkan fatwa tentang talaq. Begitu kuatnya pegangan imam ini kepada Islam hatta jika taruhannya adalah nyawa.
3)Imam Syafie
Imam yang berketurunan Quraish dan mempunyai salasilah de4ngan Rasulullah. Berkahwin dengan cucu Saidina Uthman bin Affan dan pernah menjadi guru Imam Ahmad bin Hanbal. Yang menariknya Imam Syafie pernah mengkhatamkan Al Quran sebanyak 16 kali dlm tempoh 8 hari iaitu semasa perjalanan ingin berguru dgn imam Malik.Bahkan pada bulan Ramadhan,imam syafie akan mengkhatamkan Al Quran sebanyak 60kali. Kita?
4) Imam Ahmad
Pernah berguru dengan Imam Syafie dan telah membuat kitab Al Musnad iaitu himpunan 300 000 hadis dan pernah diseksa pemerintah yang berfahaman muktazilah kerana beliau enggan mengakui Al Quran adalah makhluk.
Pada akhir bab, penulis menjawab persoalan mahupun pemikiran yang menyatakan seperti keberadaan mazhab2 ini seolah-olah telah memecah belahkan umat.
Buku yang amat sesuai dimiliki dan sangat ringan pendekatannya dan membuatkan saya terfikir- fikir tentang beberapa aspek yang memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah tamadun.
a) individu
Di mana kita melihat bahwa kesungguhan imam para mazhab ini bkn berguru dengan seorang atau dua ulama,bahkan ratusan, mengembara mncari ilmu bkn melalui u tube shja.
b) masyarakat
Di mana lahirnya masyarakat yg begitu cinta pada ilmu bahkan sentiasa mencari cari malahan mbudayakan ilmu dlm kehidupan
c) negara/ aturan
Di mana apabila negara mengatur dengan aturan-aturan Islam,maka unsur-unsur negatif dapat dihindari bahkan melahirkan umat yang bersungguh,berani untuk merantau untuk mengembara mencari ilmu. Berbeza dengan hari ini, di mana kita hantar anak sekolah pun dah kena cepat2 ambil sebab takut kena culik. Duduk dalam rumah yang disangka satu-satunya tempat yang selamat pun boleh kena tetak dengan orang
ConversionConversion EmoticonEmoticon