Judul : Momento
Penerbit : Little Caliphs Enterprise
Halaman : 167
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, berjaga akhirnya mengkhatamkan buku kompilasi kisah sentap jiwa ini.
Dek kerana tanda tanya yang besar ketika membaca sinopsisnya, saya terus beli secara atas talian dan keesokan harinya buku ini sampai ke tangan. Tiga kisah saya habiskan separuh hari dan menyambung bacaannya pada hari berikutnya ini. Terleka membacanya. Teruja ingin mengetahui setiap sambungan kisah-kisah hitam yang membawa perubahan besar dalam hidup 5 admin Tarbiah Sentap.
Ini antara salah satu buku yang menepati apa yang saya cari. Di sekeliling kita, sangat susah mencari buku motivasi dan pembinaan jiwa yang menceritakan kisah realiti orang yang gelap masa silapnya dan akhirnya berubah menjadi tokoh berjaya.
Semua insan ada masa silamnya. Putih mahupun hitam.
Ia buku yang sesuai dibaca kalau anda pernah menjadi seorang kaki gaduh, raja pukul, kaki menipu, suka mencuri. Oh tak ketinggalan juara mencarut!
Dan bila Allah izinkan hamba Allah itu berubah, dia bertukar menjadi seorang yang hilang semangat, dipulaukan, dibenci guru dan rakan, tak dipercayai seisi sekolah.
Tapi tiada yang mustahil bila pelajar yang dilabel paling teruk akhlaknya, jahat, corot dan dilabel bodoh akhirnya mendapat 9A dalam SPM berkat kesungguhan untuk berubah. Lantas menjadi contoh bualan sebagai motivasi orang bodoh yang berjaya. Orang bodoh itu jugalah yang masuk tahfiz dan berjaya hafaz 30 juzuk Al Quran selama setahun 9 bulan. Segalanya dengan izin Allah.
Itu ringkasan kisah Ustaz Adnin yang memilih untuk berubah, bertaubat, meninggalkan zaman kelamnya dan memilih tarbiyah. Beliau akhirnya menjumpai matlamat hidup ketika menyambung pelajaran di Mesir. Dan beliaulah insan yang dijentik hatinya untuk mengasaskan Tarbiah Sentap dengan 30,000 likes dalam masa 2 bulan. Sehingga April 2015 sahaja telah mencatat 150,000 likes dan views dalam blog pula mencecah 1.5juta.
Terdapat 4 lagi kisah realiti hitam dalam buku ini. Ada di kalangannya yang dahulunya di buang sekolah, vandelisme, masuk kes polis, derhaka ibubapa, tidak solat, jauh dari agama, LARI DARI HIDAYAH & TARBIYAH, terlibat pornografi, keluar masuk bilik disiplin, TIDAK TAHU HALA TUJU HIDUP, JIWA KOSONG, hanyut dengan hiburan haram, bercinta monyet, sombong, ego, tertipu dengan diri sendiri, biadap, kurang ajar pada guru, pemalas malah tiada harapan pun untuk berubah.
Ia kisah orang-orang membuat U-turn kepada Allah. Memilih dan bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah. Menceriakan liku-liku, kepayahan serta karat-karat jahiliyah sepanjang perjalanan untuk berubah menjadi manusia baik. Buku yang memberi inspirasi sepertimana tagline nya, "kalau kami mampu berubah, korang takkan tak boleh berubah?"
Buku ini bukan sekadar menyajikan 5 kisah admin Tarbiah Sentap yang berubah. Malah turut menyelitkan kisah Al Fudayl ibn 'Iyad, seorang perompak yang terkenal pada zamannya yang akhirnya berubah menjadi seorang ulama' yang sangat dikagumi. Tidak dilupakan kisah Malik bin Dinar yang hidup bergelumang dengan maksiat pada setiap ketika tetapi akhirnya juga bertaubat dan menjadi seorang ulama' terkenal pada zaman tabiin.
Benarlah,
Satu kesilapan tidak menjadikan kita pendosa kekal dihadapanNya,
Satu kebaikan tidak menjadikan kita pemulia kekal dihadapanNya,
Kerana,
Pendosa tidak selamanya menjadi pendosa begitu juga pemulia.
Allah tak pernah putus asa untuk mengampunkan kita. Allah masih setia menunggu kita kembali padaNya. Syaitan juga tak pernah putus asa untuk menyesatkan kita.
Kenapa kita sering putus asa untuk BERUBAH?
Penulis meninggalkan penutup buku ini dengan tanda tanya itu.
"Sometimes, the people with the worst past, create best future..."
~Umar AlKhattab.
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan!
Worth Reading, Insya Allah
ConversionConversion EmoticonEmoticon