Tajuk: Erti Hidup Pada Memberi
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu
Muka Surat: 190
Buku ini menghimpunkan 313 unkapan inspirasi yang dipetik daripada buku Aku terima Nikahnya (juga ditulis oleh ustaz Hasrizal). Ungkapan-ungkapan indah yang membantu kita memahami diri dan insan-insan yang kita kasihi. Kata-katanya ringkas tetapi maknanya cukup berbekas. Kerana ia bertujuan besar mengajak kita menjadi ulul albab di alam rumahtangga.
Daripada tajuk buku, saya sebenarnya mengharapkan perbincangan dan isi yang berbeza. Tidak terbayang pula isinya akan lebih mengarah kepada konsep memberi dari sudut cinta. (note2self: kena belajar baca sinopsis buku sebelum membaca buku)
Sejujurnya, saya merasakan masih banyak soal fardu Muslim yang perlu dilengkapkan seseorang sebelum mengatur strategi dan menganjak fokus yang banyak ke marhalah baitul muslim. Kerana itu buku-buku yang menyentuh soal cinta, alam pra nikah dan rumah tangga belum menjadi genre keutamaan saya. Kalau bukan kerana prinsip diri, 'finish what you start', besar kemungkinan buku ini diletakkan kembali di rak, menanti masa yang lain untuk dibaca.
Faktor sampingan: Buku ni je yang ada dalam beg masa outstation selama 2 minggu. So what the heck, its better to read something than nothing, right?
Walaubagaimanapun, buku ini tetap bermanfaat kepada pembacanya. Kerana ia kaya dengan elemen-elemen nasihat yang membuka perspektif, mengetuk jiwa dan mendidik akan tatacara bercinta sesama insan dan Tuhan.
Saya sarankan andai yang sudah berkahwin atau sedang merancang untuknya supaya membaca buku ini (dan lebih baik jika dapat membaca dari sumber asalnya iaitu dari buku Aku Terima Nikahnya). Mudah-mudahan dengannya ia menjadikan kita lebih bersedia dan lebih mampu menguruskan cabaran alam berumah tangga.
Metaphrasis:
1. Marhalah - tingkatan, tahap
2. Baitul Muslim - keluarga berasakan islam
3. Ulul Albab - golongan yang matang akal fikirannya, mendalam kefahamannya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon