#103 Buanglah Demokrasi Pada Tempatnya

Judul buku: Buanglah Demokrasi Pada Tempatnya
Penulis:yudha pedyanto
Penerbit: irtikaz
M/s:145


Banyak muslim yang masih salah dalam memahami beza antara musyawarah di dalam islam dan demokrasi. Dan akhirnya muncullah muslim yang mengagung-agungkan demokrasi walaupun ia sangat bercanggah dari aspek Islam.

Maka di sini, penulis telah berjaya menghasilkan sebuah buku untuk memahamkan kepada umat Islam akan buruknya sistem ini. Di dalam buku ini,pembaca akan dihuraikan akan sejarah dan kejahatan demokrasi.

Bahkan penulis juga menjawab hujah-hujah bagi mereka yang menjadikan demokrasi sebagai jalan perjuangan. Di sini,penulis memberi hujah-hujah aqli bahkan juga hujah naqli bagi menjawab persoalan-persoalan seperti:

a) demokrasi hanya sekadar alat

b)bagaimana jika parlimen dikuasai non muslim?

c)demokrasi mempunyai
kesamaan dengan islam

d) suara majoriti demokrasi sesuai dengan islam

e) kompromi demokrasi dan perjanjian hudaibiyah

f) pembenaran demokrasi mencontohi Nabi Yusuf

g)jika tidak ingin guna demokrasi,maka jangan guna kereta

Setelah menjawab persoalan-persoalan tersebut,penulis tidak membiarkan para pembaca terkontang-kanting setelah menolak demokrasi sebagai sistem kehidupan dan jalan perjuangan.

Adakah kita perlu mengangkat senjata menentang pemerintah yang zalim?

Adakah kita perlu sekadar berdiam diri?

Adakah kita hanya perlu menunggu imam mahdi?

Maka di sinilah peranan penulis menerangkan dan mengajak para pembaca untuk turut serta dalam meneladani dakwah Rasulullah sesuai dengan tuntutan di dalam surah ahzab ayat 21 bahawa Rasulullah adalah sebaik-sebaik suri teladan.

Penulis telah menerangkan akan tiga tahapan dakwag Rasulullah iaitu:

a) marhalah at tatsqif (pembinaan & pengkaderan)

b) marhalah tafa'ul ma'a al ummah (berinteraksi dgn umat)

c) marhalah istilaam al hukm (penerimaan kekuasaan)

Di bab terakhir penulis menerangkan ketiga tahapan ini dan membahaskan 5 kata kunci dakwah Rasulullah iaitu jemaah,fikrah, siyasiyah,inqilabiyah dan thalab an-nusrah.

Buku ini amat sesuai di baca bagi mereka yang begitu mengharapkan perubahan
Previous
Next Post »